Paling Sukar Ditemui, Harimau Hitam Dilihat Muncul Semula, Jenis Yang Sangat ‘RARE’

Seorang Jurufoto Berjaya Menangkap Gambar Harimau Hitam, Jenis Harimau Yang Sangat ‘RARE’. Seekor harimau hitam yang sangat jarang ditemui telah dilaporkan berjaya dikesan di India.Paling Sukar Ditemui, Harimau Hitam Dilihat Muncul Semula, Jenis Yang Sangat 'RARE'

Menurut Daily Mail, spesies harimau yang dikenali sebagai harimau melanistik ini hanya dapat dijumpai di Odisha, India sahaja. Para pakar mendakwa bahawa hanya ada tujuh hingga lapan ekor harimau jenis ini sahaja yang tinggal di negeri tersebut.

Jurugambar amatur Soumen Bajpayee berjaya menangkap gambar haiwan pemangsa yang berada di ambang kepupusan itu ketika dia berada di timur Odisha.

Spesies ini dikenali sebagai harimau melanistik kerana kecacatan pada gen yang bermaksud garis hitam tebal mereka lebih banyak melitupi badan mereka berbanding bulu oren yang lazimnya lebih banyak kelihatan.

Paling Sukar Ditemui, Harimau Hitam Dilihat Muncul Semula, Jenis Yang Sangat 'RARE'

Harimau hitam ini dilaporkan telah dijumpai di hutan negara India dan amat jarang dilihat pada sebelum ini.

 

India adalah habitat bagi 70 peratus populasi harimau dunia.

Harimau hitam melanistik ini hanya dijumpai di negeri Odisha sahaja dan jumlahnya menurun secara drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Laporan Banci Harimau 2018.

Majoriti harimau hitam boleh ditemui di Simplipal Tiger Reserve di Odisha. Pusat perlindungan itu kali pertamanya melaporkan kehadiran harimau melanistik ini pada tahun 2007.

Paling Sukar Ditemui, Harimau Hitam Dilihat Muncul Semula, Jenis Yang Sangat 'RARE'

Dr Bivash Pandav, seorang pakar hidupan liar dan saintis di Wildlife Institute of India memaklumkan kepada Times of India bahawa beliau percaya hanya ada tujuh hingga lapan harimau hitam ini sahaja yang masih terdapat di negara India.

Menurutnya, harimau hitam ini adalah antara yang paling ‘unik’ di dunia kerana genetiknya. Dipercayai bahawa jalur hitam tebal yang terdapat pada badan mereka itu adalah kerana baka mereka.

Harimau hitam itu difahamkan bersaiz lebih kecil daripada harimau biasa, dan pertama kali dilihat di India pada tahun 1990.

Paling Sukar Ditemui, Harimau Hitam Dilihat Muncul Semula, Jenis Yang Sangat 'RARE'

Mereka tinggal di Odisha kerana hutan yang luas dan habitatnya yang pelbagai.

 

Tetapi pakar hidupan liar mendakwa bahawa aktiviti pemburuan haram telah memberi kesan kepada seluruh populasi harimau – mereka diburu kerana tulang, kuku, kulit serta misai mereka.

Namun jabatan hutan di Odisha menyatakan bahawa permasalahan utamanya bukan daripada aktiviti pemburuan haram tetapi kerana peningkatan populasi manusia. Pemesatan aktiviti urbanisasi yang tinggi telah mengecilkan ruang untuk harimau ini hidup dan membiak, menurut NDTV. – Siakap Keli

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *