Kena Ragut Ketika Pergi ATM, Gadis Mengejar Dan Merempuh Peragut Sampai Tergolek

Kes ragut merupakan satu jenayah yang sering berlaku di mana-mana tempat di dunia ini termasuk di negara kita. Dalam kebanyakan kes, biasanya kes ragut dilakukan dengan menggunakan motosikal dan mangsa biasanya terdiri daripada kaum wanita. Kena Ragut Ketika Pergi ATM, Gadis Mengejar Dan Merempuh Peragut Sampai Tergolek

Kebiasaannya peragut akan terus melarikan diri sebaik sahaja meragut mangsanya dan sukar untuk ditangkap dan dikejar, manakala mangsa akan menjadi takut dan trauma.

Bila dah terkena sudah semestinya akan rasa tergamam dan speechless sebelum trauma. Tapi bukan pada gadis remaja 15 tahun yang bernama Febrian Alia ini.

Kejar peragut sampai dapat rempuh untuk dapatkan balik barang diragut.

 Kena Ragut Ketika Pergi ATM, Gadis Mengejar Dan Merempuh Peragut Sampai Tergolek

 

Kejadian ini berlaku di Kalimantan Barat. Menurut sumber Coconuts Indonesia, pada 22 Februari lepas, kira-kira jam 11 pagi, Alia sedang menuju ke mesin ATM untuk withdraw duit, tiba-tiba telefon bimbitnya diragut oleh seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal.

Seperti wanita lain, tak dinafikan dia tergamam dan terkedu seketika pada mulanya, tapi dia begitu cekap berfikir untuk bertindak semula bagi mendapatkan semua telefon bimbit tersebut.

Alia segera ke kembali ke motosikalnya untuk mendapatkan semula peragut itu, insiden kejar mengejar ini sampai ke taman perumahan.

 Kena Ragut Ketika Pergi ATM, Gadis Mengejar Dan Merempuh Peragut Sampai Tergolek

 

Dengan cekap dan pantasnya, dia mengambil tindakan untuk rembuh motosikal tersebut apabila ada peluang sampai peragut itu jatuh.

Bila peragut tu jatuh tergolek, orang awam cepat-cepat dapatkan peragut itu untuk menangkapnya

Berdarah dihidung dan mulut, handphone dapat semula.

 Kena Ragut Ketika Pergi ATM, Gadis Mengejar Dan Merempuh Peragut Sampai Tergolek

 

Selepas kejadian tersebut, Alia kelihatan seperti berdarah di hidung dan mulutnya sambil semak balik keadaan handphonenya sebelum dimasukkan kedalam poket.

VIDEO:

Peragut  itu dipenjarakan beberapa bulan kerana ini bukan kes pertama. Apa-apapun gadis ini memang sangat berani dan tindakannya berjaya menyebabkan si peragut tertangkap. Diharapkan kita semua akan lebih berhati-hati dimana pun kita berada untuk mengelakkan kejadian seperti ragut ini berlaku.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *