Mula Gatal Dan Akhirnya Lumpuh Akibat Disengat Ulat Bulu Laut

Mula Gatal Dan Akhirnya Lumpuh Akibat Disengat Ulat Bulu Laut. Seorang pemuda menanggung derita apabila lumpuh dan tidak lagi mampu bekerja akibat disengat ulat bulu laut.sajaheboh.com -  Mula Gatal Dan Akhirnya Lumpuh Akibat Disengat Ulat Bulu Laut

Mohd Fadzil Mohd Yunus, 36, dari Kampung Durian Hijau, Terachi mendakwa disengat ulat bulu laut ketika bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Pangkor, Perak pada Disember 2017.

“Ketika kejadian saya sedang menunggu sekumpulan pelancong di tepi pantai. Secara tiba-tiba kaki kiri saya terasa sakit disengat.

“Saya segera melihat ke arah kaki dan nampak ulat bulu laut yang bersaiz kecil dan berwarna putih.

“Kaki saya kemudian terasa sakit dan gatal, tetapi menyangka ia hanya sakit biasa dan tidak membahayakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, selepas dua bulan kejadian itu saiz kaki kirinya semakin membesar.

Dia yang mulanya menyangka menghidap penyakit gout mendapatkan rawatan di hospital dan mengambil suntikan tahan sakit.

“Saya dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan dimasukkan ke wad selama sebulan. Kes saya turut dirujuk kepada Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut.

“Malangnya, keadaan kaki saya makin teruk dan tiada peluang sembuh. Saya memohon pulang ke kampung dan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah,” katanya.

Anak kesembilan daripada 12 beradik itu berkata, dia menjalani beberapa pembedahan, tetapi kaki kirinya disahkan lumpuh dan tiada harapan untuk sembuh.

Katanya, hasrat membantu ibu, Jamiah Idris, 72, menyara keluarga kini terkubur dan dia hanya mendapat wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menampung kehidupan.

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *