Mengapa Ada Orang Yang Sering Rasa Haus Atau Dahaga Walaupun Minum Banyak Air? Ini Sebabnya. Sepanjang hari anda minum air dalam kuantiti yang banyak tetapi masih lagi rasa haus?
Keseimbangan tahap garam dalam badan merupakan salah satu faktor anda merasa haus. Namun begitu, ada beberapa sebab lagi anda akan haus selepas minum air walaupun banyak dan ada juga yang berkaitan dengan kesihatan anda.
Berikut adalah beberapa sebab kita rasa haus walaupun minum air dalam kuantiti yang banyak:
1. Mulut Kering
Mulut kering adalah disebabkan oleh kekurangan penghasilan air liur. Mulut kering juga dikenali sebagai xerostomia. Masalah mulut kering menyebabkan anda tidak selesa ketika mengunyah, berasa haus dan juga mulut berbau.
2. Haid
Apabila anda datang haid, anda akan minum air dengan lebih kerap. Jangan risau kerana perkara ini adalah normal ketika anda datang haid.
3. Diabetis
Buah pinggang akan menghasilkan air kencing lebih banyak untuk menghilangkan lebihan glukos jika kadar gula dalam badan anda tinggi. Ini akan menyebabkan anda yang menghidap diabetis akan sentiasa haus dan kerap ke tandas untuk membuang air kencing.
4. Tekanan Darah Rendah
Salah satu penyebab tekanan darah rendah adalah stress. Tekanan darah tinggi buatkan seseorang itu rasa pening, cemas, tekanan dan rasa haus yang amat sangat.
5. Anemia
Pendarahan kerana haid atau luka menyebabkan tubuh memerlukan banyak cecair dan buatkan anda rasa haus. Kekurangan tiroid adalah penyebabnya. Kira-kira 70% orang yang terdiri daripada wanita mengalami kekurangan tiroid yang menyebabkan rasa haus.
source: Malaysia Sentral