Lima Tahun Baru Dikurniakan Zuriat, Habis Pantang Je Dapat Tahu Suami Bercinta Dengan Perempuan Lain.

Lima Tahun Baru Dikurniakan Zuriat, Habis Pantang Je Dapat Tahu Suami Bercinta Dengan Perempuan Lain. Korang boleh tolong saya tak macam mana nak buat keputusan.

SAJAHEBOH.COM - Suami Bercinta Dengan Perempuan LainMasalahnya begini, Suami saya curang dengan betina lain. Perkahwinan kami sudah 5 tahun. Baru-baru ini saya baru melahirkan zuriat dia. Sudah 4 bulan usia anak saya.

Sebenarnya kami sudah lama menunggu dikurniakan zuriat. Disebalik kegembiraan itu tetapi ada yang menyedihkan dalam masa aku mengandung ketika dalam pantang semua. Suami mula ambil kesempatan.

First Suami Kantoi

Saya tidak tahu yang dia rupanya tengah bercinta dengan perempuan lain. First kantoi sebab perempuan itu call suami tetapi saya yang angkat dan cakap helo kemudian tiba-tiba panggilan itu terus letak.

Saya mula rasa tidak sedap hati, saya pun call balik dan paksa suami buat loud speaker suruh suami cakap ”hello”. Bila laki saya ”hello” saja terus perempuan tu cakap (itu dia ke?) terus laki saya cakap ”heloo heloo”. Selepas itu terus perempuan itu cakap ”ok ok faham faham”.

Itu kantoi yang pertama tetapi masa ini saya sudah lepas pantang. Saya tanya suami. Dia tidak mengaku. Saya ini punya la menangis mengalir airmata tapi dia boleh relex saja tido buat macam tiada apa yang berlaku.

Janji Tak Buat Lagi Tapi…

Selepas bincang-bincang, suami janji tak buat lagi dan nak lupakan semua ini. Saya ini percaya la sebab sayangkan dia dan sayang anak yang masih kecil. Tapi selepas itu makin pelik bila suami setiap hari balik kerja pukul 11 malam kadang-kadang balik 1 pagi.

Sedangkan dia pergi kerja pukul 5.00 pagi tapi balik lewat sampai 12 malam. Sebelum ini kerja, dia akan balik dalam pukul 5 atau 6 petang macam tu je dan paling lewat pun pukul 9 malam.

Sangka Kerja Balik Lewat Rupanya..

Banyak yang dia berubah. Saya rasa tak sedap hati, pukul 10 malam semalam, Saya call dia dan saya cakap macam mustahil kerja macam ni, macam tak logik keluar pagi suasana masih gelap malam baru balik. Sungguh tak sangka bila dengar ja saya cakap macam tu, terus dia off kan telefon.

Mula la saya ini tergerak hati nak pergi tempat kerja dia. Tetapi tak sampai tempat kerja lagi,saya terselisih dijalan dengan suami tetapi mujur dia tak nampak saya. Saya follow dia dari belakang sampai satu tempat , saya nampak dia keluarkan telefon lain dan sedang bergayut.

Saya terus sergah suami dan dia terkejut . Saya minta telefon secara paksa-paksa sampai kena tonyoh-tonyoh. Saya buka saja fon tu. Allah luluhnya hati tengok ada gambar dia dengan perempuan lain.

Bercuti Senyap-Senyap Berdua

Alasan suami cakap pada saya bahawa dia pergi kerja tetapi sebenarnya dia pergi bercuti ke cameron highland dengan perempuan tu. Dan banyak lagi la tempat-tempat lain mereka pergi. Padahal perempuan tersebut sudah tahu suami aku sudah berkahwin.

Macam mana pandangan anda, patutkah saya bercerai saja, suami seperti sudah tiada hati dengan saya. Anak kami baru 4 bulan. Sudah 3 kali peluang saya bagi tapi disia-siakan suami.

Saya dengan anak dirumah macam sudah tidak wujud lagi bagi dia . Saya sedih dan buntu apa perlu saya lakukan sekarang. Harap anda boleh memberi cadangan apa perlu saya lakukan.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *