Isteri Sakit Hati Kerana Suami Ada Perempuan Lain, Dia Pun Cari Pengganti Lain!

Isteri Sakit Hati Kerana Suami Ada Perempuan Lain, Dia Pun Cari Pengganti Lain! Assalamualaikum admin, kisah aku sendiri. Kisah ini jadi dalam awal tahun ini. Aku dan suami pjj. Umur aku 29, suami 28. Dalam awal tahun ini, anak aku admit wad.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Sakit Hati Kerana Suami Ada Perempuan Lain, Dia Pun Cari Pengganti Lain!Masa admit itu sudah tengah malam sebab ada jangkitan dekat paru-paru. Sudah keadaan anak macam itu aku bagitau lah suami, suami balik lah.

Dipendekkan cerita. Malam kedua itu, anak aku buat hal tidak tidur. Puas aku dodoikan tetapi tetap tidak tidur. Anak aku ini pulak, kalau dengan aku payah sangat hendak tidur jadi aku pun call lah husband minta tolong dia ganti aku jaga anak sebab boleh saja bergilir.

Lagipun sudah 2 malam aku tidak tidur sebab layan anak sakit. Husband pun datang lah. Masa husband datang itu, dia duduk dekat katil. Tiba handpone dia jatuh, entah kenapa aku ini tergerak hati hendak ambil handpone dia.

Aku buka dan terbaca lah whatsap dia dengan sorang perempuan. Whatsap bersayang2. Aku pun whatsap lah dekat perempuan itu. Aku marah lah sebab layan suami orang. Husband aku tengok aku whatsap macam itu tiba2 dia marah. Masa dia marah itu, aku menangis.

Aku sedih sangat, iya lah. Dia macam hendak back up perempuan itu. Lepas itu aku pun ambil beg. Aku hendak keluar dari wad cepat2 sebab tidak boleh jaga anak 2 orang. Boleh bergilir saja. Masa aku hendak keluar husband tarik tangan aku tidak bagi keluar ia lah sebab masa itu airmata aku sudah berjurai2 sudah.

Mungkin dia rasa bersalah tengok aku menangis tetapi dalam masa sama dia marah sebab aku whatsap perempuan itu. Dia tarik tangan aku kasar2 tidak bagi keluar. Dia suruh aku tunggu dia dan anak dekat dalam wad.

Terjadilah drama tarik menarik dekat dalam wad. Aku sudah perasan doc dan nurse duduk pandang2. Aku pun tidak bagi lah dia tarik aku. Memang aku hendak keluar masa itu juga. Tiba2 dia tampar muka aku, terus muka aku kena dekat dinding. Masa ini memang terkedu semua doc, nurse dan orang dekat dalam wad itu.

Aku nampak ada nurse panggil guard tetapi masa itu husband tengah pukul aku lagi. Dia pegang aku lagi tidak bagi keluar dari wad itu. Masa guard datang itu, husband tarik rambut aku. Guard pun tidak masuk campur, dia suruh husband aku selesai elok2.

Masa ini aku sudah menangis sangat. Luluh hati aku. Hancur sudah hati aku masa ini. Malam itu doc dan nurse biar saja aku duduk dalam wad dan husband. Sebab dia orang sudah tengok husband aku mengamuk tidak bagi aku keluar.

Masa itu malu sangat. Aku staff, husband buat perangai macam pulak. Hari esok pulak anak aku discaj walau tidak sihat sepenuhnya. Mungkin doc pun tidak mahu kami lama2 dekat wad sebab kejadian malam itu. Masa anak sudah discaj. Suami pun balik kL sebab dia tidak cuti lama2.

Aku pun tinggallah dekat pahang. Masa ini hubungan kami dingin. Aku sedih lagi pasal whatsap itu. Husband pulak ego, tidak mengaku salah dan seolah2 suka sangat dekat budak perempuan itu. Jadi aku biarkan saja lah.

Aku pun sudah nekad. Kalau husband hendak sangat dengan perempuan itu. Pergi saja lah. Aku sudah malas ambil tahu. Aku ada lah kawan dengan seorang cikgu ini. Dia ini umur sudah 35 tapi bujang terlajak. Dia ini ajak sangat kahwin.

Dia baik dengan aku. Jadinya aku pun luahkan lah masalah aku ini dekat cikgu itu. Semua lah aku cerita, husband aku pukul pun aku cerita jugak. Dia pun banyak lah bagi nasihat dekat aku. Suruh sabar dan berdoa. Cikgu itu ajar aku pergi minta fasakh. Hendak dijadikn cerita, hujung minggu itu husband aku balik.

Biasanya dia balik dia akan bagitau tapi hari tu masa balik kerja petang. Aku sampai dekat rumah saja, aku tengok dia ada aku pun pergi lah mandi. Masa aku mandi itu dia buka handpone aku. Aku lupa hendak padam whatsap aku dengan cikgu itu sebab tidak sangka pulak dia balik petang itu.

Masa aku keluar bilik air, aku nampak dia pegang handpone aku. Tangan dia terketar2 time itu. Muka dia sudah berubah, sesekali aku tengok nafas dia mengeluh.

Masa itu dia tengah baca lagi whatsap aku. Tiba2 dia cakap, “Kenapa buat abang macam ini? Kenapa mengadu mengadu dekat lelaki lain?”. Aku masa ini sudah serba salah tetapi aku jawab juga.”Macam mana abg rasa baca whatsap sayang itu, macam itu lah perasaan sayang”.

Masa itu aku ingat husband hendak pukul lagi tetapi kali ini tidak. Muka dia nampak sedih sangat. Dia cakap dia suka2 saja whatsap dengan perempuan itu. Dia minta maaf dekat aku. Dia sayang sayang aku dan anak. Dia tidak mahu pun dekat perempuan itu. Husband aku warning dekat cikgu itu tidak bagi kawan dengan aku sudah.

Lepas kejadian itu, aku dengan husband pun berbaik dan janji akan baiki kesilapan diri. Tetapi yang jadi masalah sekarang, cikgu itu terus hubungi aku lagi. Dia macam hasut aku benci husband. Hari2 dia tanya aku sudah pergi pejabat agama ke? Lepas itu ungkit apa husband sudah buat dekat aku.

Dia cakap dia tidak mahu tengok aku sedih lagi macam hari itu. Aku pulak jadi ragu2. Takut husband buat hal lagi. Aku hendak buat macam mana ye? Buntu sangat, hendak suruh husband balik duduk dengan kami ke? Husband kerja kilang saja. Tetapi tidak tahu kenapa dia tidak mahu berhenti kerja dekat sana.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *