Lelaki Terserempak Kambing Hitam Yang Tiba-tiba Berjalan Dua Kaki Seperti Manusia

Manusia normal mempunyai dua kaki dan mereka berjalan menggunakan kedua-duanya, begitu juga dengan kucing atau anjing yang punyai 4 kaki dan mereka berjalan menggunakan keempat-empat kaki mereka. Pendek kata sebanyak mana kaki yang ada pada haiwan atau hidupan itu, sebanyak ktiula kaki yang digunakan oleh mereka untuk berjalan.Lelaki Terserempak Kambing Hitam Yang Tiba-tiba Berjalan Dua Kaki Seperti Manusia

Namun berbeza pula dengan seekor kambing ini. Seperti yang kita sedia maklum, kambing yang mempunyai 4 kaki biasanya akan berjalan mengunakan keempat-empat kakinya, tetapi kambing yang satu ini agak berbeza sedikit.

Video perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexandre Souza ini sangat pelik tapi benar dan pada masa yang sama juga agak menakutkan! Ini kerana seekor kambing hitam dilihat berjalan ‘berdiri’ seperti manusia dan menggunakan dua kaki sahaja!

Kejadian tersebut sangat mengejutkan kerana kambing itu yang dilihat berjalan perlahan-lahan tak ubah seperti manusia berjalan dan kambing itu juga diekori oleh seekor ayam.Lelaki Terserempak Kambing Hitam Yang Tiba-tiba Berjalan Dua Kaki Seperti Manusia

Video yang dimaut naik Alexandre Souza itu sehingga kini telah dikongsikan sebanyak 161 ribu orang dan mendapat lebih 18 ribu tanda suka. Rata-rata netizen turun berasa gerun dan melopong kerana tidak pernah menyaksikan kambing berjalan dengan dua kaki seperti manusia.

Alexandre Souza yang merakam dan menyaksikan perkara tersebut meluahkan hasratnya untuk menjual kambing itu kerana terkejut dan tidak bernai berada berhampiran dengan kambing hitam berkenaan. 

VIDEO:

 

Meskipun begitu, masih tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan pemilik sebenar kambing itu atau bukan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *