Lelaki Kahwini Wanita Tua Yang Muda Setahun Dari Ibunya Demi Kemewahan Duit Dan Kereta Ferrari

Lelaki Kahwini Wanita Tua Yang Muda Setahun Dari Ibunya Demi Kemewahan Duit Dan Kereta Ferrari. Pada zaman kini, kecantikan dan usia kadangkala mungkin tidak lagi dipandang. Sebaliknya apa yang lebih didambakan ialah duit dan harta yang banyak.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kahwini Wanita Tua Yang Muda Setahun Dari Ibunya Demi Kemewahan Duit Dan Kereta FerrariSememangnya ada juga pasangan yang terlalu berbeza usia dan rupa tetapi mereka benar-benar mencintai antara satu sama lain dengan ikhlas.

Bagaimanapun di China, seorang lelaki muda berusia 23 tahun telah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang wanita berusia 38 tahun.

Kisah pengantin lelaki ini dan pasangannya yang berbeza umur 15 tahun menjadi buah mulut masyarakat kerana ramai yang beranggapan dia hanya mahukan wang dan harta isterinya.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kahwini Wanita Tua Yang Muda Setahun Dari Ibunya Demi Kemewahan Duit Dan Kereta Ferrari

Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah rumah di bandar Qionghai, Hainan pada 9 Januari lalu.

Menurut media sana, lelaki muda itu mengambil tanggungjawab mengahwini wanita tersebut selepas menghamilkannya.

Pengantin perempuan dikatakan hanya setahun lebih muda daripada ibunya dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun.

SAJAHEBOH.COM - Lelaki Kahwini Wanita Tua Yang Muda Setahun Dari Ibunya Demi Kemewahan Duit Dan Kereta Ferrari

Pada mulanya ibu bapa pengantin lelaki dikatakan tidak bersetuju dan menentang perkahwinan mereka, namun akhirnya mereka bersetuju selepas pengantin perempuan menawarkan ‘tawaran’ yang serba serbi mewah.

Wanita itu menghadiahkan 660,000 yuan (RM406,769) dalam bentuk wang tunai, lot hartanah dan kereta sport Ferrari yang dianggarkan bernilai 5,000,000 yuan (RM3,080,224).

Dalam satu video yang tular, pasangan itu dilihat menaiki Ferrari sambil melambai-lambai ke arah tetamu.

Sememangnya salah satu cara singkat untuk hidup senang ialah mengahwini orang kaya. Namun hakikatnya, kekayaan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagiaan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *