Kenduri Kahwin Jadi Medan Pergaduhan Dan Kecoh Sebab Bunyi Bising Rem Motosikal

Kenduri Kahwin Jadi Medan Pergaduhan Dan Kecoh Sebab Bunyi Bising Rem Motosikal. Tular di media sosial rakaman video menunjukkan pergaduhan yang tercetus di satu majlis kenduri kahwin baru-baru ini.

Kenduri Kahwin Jadi Medan Pergaduhan Dan Kecoh Sebab Bunyi Bising Rem MotosikalLelaki yang datang dilihat membawa parang telah merosakkan lebih kurang dua buah motosikal yang diletakkan di depan dewan berkenaan yang sedang mengadakan kenduri kahwin.

Menurut seorang yang dikenali sebagai Aisya Burn, kehadiran mereka ke kawasan itu untuk menghadiri kenduri. Mereka datang dengan menaiki motosikal dan di escort polis trafik bersama pengantin.

“Kami datang dengan niat yang baik. Ada yang kata bunyi rem motosikal itu bising dan menganggu penduduk di situ, tetapi kami tak salah sebab polis trafik pun ada escort pengantin.” [sajaheboh.com]

“Tetapi kenapa perlu baling mercun sampai cederakan orang lain? Semoga penduduk di kawasan itu yang memutar belitkan cerita itu kekal aman. Dan sesiapa yang tidak tahu cerita sebenar, diminta diam ye. Jangan sibuk jadi CCN,” tulisnya.

Namun begitu, seorang lelaki yang mendakwa adalah penduduk di kawasan berhampiran kenduri kahwin itu mengatakan kejadian pergaduhan itu memang terjadi kerana bunyi bising motosikal dan menjadi lebih buruk bila ada yang bertindak di luar batasan.

“Kau datang tempat orang, kau rem-rem motosikal, kau tak kisahlah kenduri kem kena escort dengan polis trafik ke, kau siapa nak buat bising? Anak raja ke? Adab, mana adab?”

“Nak kira bagi chancelah kenduri, tahu pula kau sakit hati budak flat baling mercun kena kaki (tetamu) kau berlubang. Habis tu, kau rem-rem motosikal tak sakit otak pula? Dah settle cara baik, kau boleh pergi rodok budak tak bersalah, boleh pula kau pecahkan kereta penduduk di situ guna helmet, pecah kedai makcik pakcik yang berniaga di bawah itu. Apa salah mereka?” kata.

Sementara itu, rata-rata netizen merasakan pihak yang terlibat dengan kenduri kahwin sepatutnya tidak membuat bising walaupun terdapat kenduri kahwin kerana perkara ini akan mengganggu kejiranan yang lain. Hormatilah kejiranan dan jangan menjadikan alasan untuk memeriahkan kenduri kahwin anda boleh membuat bising sesuka hati.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.