Kenali Personaliti Wanita Melalui Bentuk Tubuh Mereka

Kenali Personaliti Wanita Melalui Bentuk Tubuh Mereka. Tidak adil sekiranya kita membuat andaian tentang personaliti seseorang itu dengan hanya berdasarkan penilaian melalui bentuk badan mereka.

SAJAHEBOH.COM - Kenali Personaliti Wanita Melalui Bentuk Tubuh MerekaNamun begitu, setelah bertahun-tahun pemerhatian yang telah dibuat, terdapat bukti-bukti jelas menunjukkan beberapa sikap yang sama di kalangan wanita melalui persamaan bentuk badan mereka.

Ya, ia mungkin sukar untuk dipercayai, namun berikut merupakan 6 bentuk badan yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui sikap sebenar wanita berdasarkan kajian yang telah dibuat curiousmob.com.

1. Bentuk pear

Wanita yang memiliki bentuk badan seperti ini dilihat mempunyai fikiran yang lebih terbuka. Dari semua aspek kehidupan, mereka memandang secara positif dan terbuka untuk menerima idea atau pendapat orang lain.

2. Bentuk epal

Wanita yang bertubuh bentuk epal ini mempunyai hormon endorphin yang sangat banyak. Hormon ini dapat meningkatkan mood dan menyebabkan individu itu lebih merasa bahagia. Jadi, wanita yang memiliki bentuk tubuh epal ini cenderung untuk sentiasa gembira dan seorang yang ceria.

3. Bentuk pisang

Wanita kurus lazimnya dikaitkan dengan bentuk tubuh pisang. Mereka seorang yang cerewet tentang segala hal, sehinggakan boleh mengambil masa yang lama hanya untuk membuat sesuatu keputusan dalam memilih barangan peribadi.

Begitu juga dalam perhubungan dengan lelaki, mereka memerlukan masa yang lama untuk mempertimbangkan dan jika lelaki itu cukup mengagumkan, barulah mereka akan menerimanya.

4. Bentuk strawberi

Buah strawberi merupakan kegemaran bagi anak-anak gadis dan tidak hairanlah jika wanita yang memiliki bentuk badan seperti ini juga gemar untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain. Dalam menjalin hubungan, pemilik bentuk badan strawberi ini mempunyai standard yang telah ditetapkan dan lebih cenderung untuk memilih pasangan yang bijak.

5. Bentuk kacang

Bentuk badan seperti ini adalah idaman bagi setiap wanita. Memiliki dada dan punggung yang mantap, serta ukuran yang ramping menjadikan mereka seorang yang berkeyakinan dan tidak malu. Seorang yang berdikari, wanita ini juga suka kan lelaki yang matang dan berkeyakinan tinggi sama seperti mereka.

6. Bentuk diamond

Wanita ini bersikap introvert dan pemalu. Mereka ini cenderung untuk hidup dalam bayang-bayang kerana sentiasa memikirkan kata-kata orang. Dilihat tidak mempunyai keyakinan yang tinggi, wanita yang memiliki bentuk tubuh diamond ini juga sukar untuk berjaya dalam hidup jika meneruskan sikap-sikap negatif mereka ini.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *