Kebenaran Rentas Negeri Diperketat, Tertakluk Kepada 3 Situasi Sahaja

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang belum stabil dan semakin menunjukkan peningkatan.sajaheboh.com - Kebenaran Rentas Negeri Diperketat, Tertakluk Kepada 3 Situasi Sahaja

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata situasi berkenaan memerlukan Bukit Aman mengeluarkan arahan terbaharu yang berkuat kuasa semalam.

“Permohonan yang dipertimbangkan bergantung kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat.

“Setakat ini, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan,” katanya.

Katanya, arahan berkenaan sudah dikeluarkan kepada semua ketua-ketua polis negeri di seluruh negara.

sajaheboh.com - Kebenaran Rentas Negeri Diperketat, Tertakluk Kepada 3 Situasi Sahaja

Tindakan pihak polis ini juga dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas hati orang ramai berhubung tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk tujuan lain.

Semalam, tular di media sosial satu gambar notis dipercayai dikeluarkan oleh pihak Balai Polis Bandar Presint 7, Putrajaya dan dicop serta tandatangan Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi.

Menerusi notis itu, permohonan kebenaran rentas negeri diperketatkan dan tertakluk kepada tiga situasi sahaja iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

sajaheboh.com - Kebenaran Rentas Negeri Diperketat, Tertakluk Kepada 3 Situasi Sahaja

Kandungan lain dalam notis itu ialah kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri dan ketetapan itu dikatakan datang daripada Ketua Polis Negara dan berkuat kuasa semalam.

Dalam pada itu, semalam BH melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh.

Menteri, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM mendapati penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan selain terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan.

Katanya, walaupun banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri bagaimanapun KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan kerana bimbang berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *