Kaum Lelaki – Isteri Adalah Best Friend Kita, Jangan Ingat Kita Suami Ada Kuasa Nak Ikut Suka Hati Kita Saja

Kaum Lelaki – Isteri Adalah Best Friend Kita, Jangan Ingat Kita Suami Ada Kuasa Nak Ikut Suka Hati Kita Saja. Aku teringat satu hal di mana mak aku layan adik perempuan aku ( dia je anak perempuan dalam family).

SAJAHEBOH.COM - Kaum Lelaki - Isteri Adalah Best Friend Kita, Jangan Ingat Kita Suami Ada Kuasa Nak Ikut Suka Hati Kita SajaDia layan adik perempuan macam anak tiri. Masa tu kami kan otak cetek. Semua lah buruk di mata. Adik aku cuti sekolah nak bangun kol 8. Nak pecah kot pintu mak gegar. Mak membebel masa masak dengan adik.

Ayat dia aku tak boleh lupa.” mak cakap apa pun esok lusa kamu x ingat..tp kalau mak orang lain perli kamu nanti kamu terasa sampai ke tulang.

Mak tegur umpama lalang mak mertua tegur umpama pedang.” jadi lelama adik aku membesar dan berkahwin.

Aku nampak dah apa mak aku cakap dan ajar betol2 menjadi. Adik aku jaga anak dia cukup sempurna. Berbanding dengan isteri aku. Awal kahwin masak ke kemas rumah ke, aku kene tolong dan dia belajar bersama2 dengan aku.

SAJAHEBOH.COM - Kaum Lelaki - Isteri Adalah Best Friend Kita, Jangan Ingat Kita Suami Ada Kuasa Nak Ikut Suka Hati Kita Saja

Sebab aku mencari isteri bukan orang gaji. Kadang tu aku tengok adik aku penat.

Moody. Aku tak berapa faham. Adik ipar aku baik, seorang suami yang jaga agama. Bapak penyayang. Bagi aku itu semua dah cukup. Tapi bila aku punggah balik, aku dengan adik ipar aku lupa satu perkara. ” hati wanita”. Aku terfikir. Apasal aku dgn adik ipar dah baik bini kadang moody.

Aku cuba cari kesalahan aku tapi tak nampak. Adik ipar pun sama bila aku tanya. Semua dah buat ikut tanggungjawab. Baru aku teringat mak. Dulu mana ada hp. Tel rumah pun utk org yg mampu je. Bila bapak tak ada kat rumah, teringat mak cakap.

Apa la bapak kamu buat, dah makan ke belum dia kat sana. Sihat ke idak. Mak aku walau sibuk macam mana pun dia sentiasa romantik cakap senyum dengan bapak. Aku teringat.

Bila nasi dah hidang ayat pertama bapak.” oiii sedap lauk kita ni maknye.. Pandai awak masak. Patut saya dengan anak2 sayang.” lepas makan mesti bapak cakap.” syukur, terima kasih maknye. Kenyang laki awak ni.

Buntal dah perut.” kalau kami tengok tv, nampak mak ceria je sembang dengan abah. Paling kerap dengar mak cerita drama yang dia tengok. Punya teliti dia cerita balik kisah tu kat abah.

Dari situ aku teringat. Salah aku ada. Aku bagitahu kat adik ipar. Kami test sama2. Pergi kerja, kami cakap” sayang awak dengan anak2.” bila jauh kami msg tanya” ok tak awak di sana? Petang nanti abang balik nak awak wangi.” bila dia nampak serabut. Jangan tanya kami tengok mana kerja dia belum siap.

Lepas tu ucap terima kasih sebab uruskan rumah dengan baik. Masa makan, puji walaupun telo dadar. Nampak jauh beza sebelum ni. Muka adik aku dgn bini aku, berisi. Ceria. Korang tau tak isteri kita tak ada kawan. [ Sajaheboh.com]

Dia gelak entah bila jadi urat muka dia tak bersenam. So aku tengok cite apa dia suka. Time drama dia mula, aku main dengan anak2. Dah habis saja aku buat ajat.” la baba tak sempat tengok drama sekali dengan mama. Layan anak2. Ma cite sikit apa jadi tadi. Korang cuba buat kat isteri korang.

Tengok mata dia mulut dia.. Emosi dia cerita penuh menghayati. Isteri kita best friend kita. Jangan anggap kuasa veto kita ada, anggap diri tu ketua keluarga jadi nak serius setiap masa. Balik kerja cuba ayat macam ni. ” ma… Nak tau tak..hari ni kan, abang…bla bla bla.” ajak dia bercerita. Automatik dia tahu hal kerja kita, dia tahu hati kita. Mereka ni pendengar yang baik tau.

Kalau diorg salahkan kita atas cita yang kita sampaikan, bermakna betol la tu. Sebab diorang ni lebih berterus terang. Laki je ego kadang tak dapat terima. Test kami berjaya. Adik aku ceria bini aku ceria. Jawapan kepada suami pening bini asyik moody merajuk x tentu pasal.

Follow testimoni aku ni.. Kau tak percaya…. Betol ke tidak itu yang diorang mahukan. Bagi la rantai emas besar rantai basikal pun, kalau kau tak hargai hati dan pengorbanan diorang, diorang x heran.

Kalau kau follow cara aku, kau la suami paling sweet. Cukup tak payah bayar pun buat semua ni. Hati kene ikhlas je.

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *