“Kamu Ni Gedik Sangatlah!” – Ketahui Ciri-ciri Wanita Gedik

“Kamu Ni Gedik Sangatlah!” – Ketahui Ciri-ciri Wanita Gedik. Adakah anda pernah dilabel sebagai perempuan gedik? Atau mungkin anda merasakan bahawa anda seorang wanita yang gedik? Atau seseorang pernah berkata pada anda, “Kamu ni gedik sangat lah!”.

SAJAHEBOH.COM - "Kamu Ni Gedik Sangatlah!" - Ketahui Ciri-ciri Wanita GedikTerdapat kriteria yang mampu melabelkan anda sebagai perempuan yang gedik. Ada wanita berasa selesa dengan gelaran yang diberi, tetapi bagi kebanyakan orang mungkin gelaran itu sudah menggambarkan sikap anda yang jelik.

Bagaimana mengenalpasti golongan wanita gedik? Apa maksud gedik? Mari kita lihat takrifan gedik di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat). Gedik bermaksud bp = tergedik-gedik lincah (bukan gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok.

Manakala maksud gedik dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan gedik bermaksud , = tergedik-gedik lincah. Jadi apa maksud yang benar? Terketar-ketar atau lincah.

Pada pendapat saya, maksud gedik yang merujuk kepada seorang perempuan atau wanita gedik adalah seperti ciri-ciri golongan wanita gedik yang dikongsikan dibawah ini.

1) Terkinja-kinja.
– Tak kira majlis apa pun, dia memang selalu menjadi perhatian. Gelak ketawa dan gurauan berlebihan seperti tidak menghormati tetamu lain. Baginya merasa puas jika dirinya menjadi perhatian. Kadangkala perhatian sebegitu rupa, lama-lama membuatkan orang meluat dengan diri kamu.

2) Manja tak bertempat
– Depan orang ramai pun dia tak peduli. Perbuatan manja tak bertempat juga membuatkan orang lain “menjeling dengan loya” perbuatan kamu. Jadi perhatikan keadaan sekeliling kamu jika mahu bermanja!

3) Suka menonjol
– Bermacam cara dilakukan supaya dirinya lebih menonjol daripada orang lain dalam satu-satu keramaian. Menjadi popular dengan cara yang tidak sepatutnya membuatkan kamu layak digelar wanita gedik.

4) Mengada-ngada
– Bagi sesetengah lelaki, wanita yang mengada-ngada tak tentu pasal juga membuatkan mereka rimas. Jadi jangan mengada-ngada melampaui batas dengan melebih-lebih kerana perbuatan itu membuatkan lelaki menjauhi untuk mendampingi kamu dikhalayak ramai.

5) Perasan
– Cantik tidak semestinya gedik dan gedik tidak tentunya cantik. Perasaan perasan jika kamu menjadi tumpuan lelaki memang perkara yang perlu dielakkan. Mereka mungkin melihat kearah kamu tapi mungkin mereka suka pada teman kamu. Jadi jangan kamu perasan diri kamu yang mereka bincangkan.

Sebenarnya perbuatan gedik ini mungkin terhasil daripada sifat semulajadi seseorang wanita sejak lahir namun perilaku ini beradaptasi dengan keadaan sekeliling hari demi hari. Jika perbuatan gedik ini tidak dikawal, perilaku gedik ini akan menjadi satu tabiat yang kurang menyenangkan orang disekeliling kamu. Selesakan diri kamu dengan situasi semasa dan jadilah gedik hanya untuk suami kamu sahaja.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *