“Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis” – Luahan Hati Isteri Bila Suami Curang Dengan Wanita Lain

“Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis” – Luahan Hati Isteri Bila Suami Curang Dengan Wanita Lain. Baca luahan hati seorang isteri bila suami curang dengan perempuan lain.

SAJAHEBOH.COM - "Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis" - Luahan Hati Isteri Bila Suami Curang Dengan Wanita LainApa tindakan yang akan anda buat jika mengetahui suami anda ada perempuan lain dan tidak setia pada hubungannya dengan anda? Di bawah ini ialah perkongsian daripada seorang wanita yang mengalami situasi sedemikian dan semoga anda semua boleh mengambil pengajaran daripada kisah yang dialaminya.

Kisah seorang isteri bila mengetahui suami curang dengan wanita lain. Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai, dan sudah pun berkahwin lain.Yang kedua (dah naik jadi no 1) dan saya no 2.

SAJAHEBOH.COM - "Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis" - Luahan Hati Isteri Bila Suami Curang Dengan Wanita Lain

Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lagi. Saya jadi kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yang ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tapi betul orang tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala-galanya.. Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dengan budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli, handphone, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli. Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh.

Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Ketika mereka bercuti, Allah s.w.t. menguji saya, isteri pertama dikampung yang memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jangan kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain.

Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tapi saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. [Sajaheboh.com] Saya kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah… menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu.

Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima message dari budak perempuan tu..mengatakan sudah memutuskan hubungan dengan suami saya. Saya balik yang bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, macam macam kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lagi.

Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG,IBU SAYA. Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jangan ditegur.

Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dengan setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kadang-kadang dgn anak-anak tiri. Saya nampak perubahan, setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..rezeki dipermudahkan.

Sambungan Luahan Hati Isteri Bila Suami Curang Dengan Perempuan Lain..

Selepas 2 tahun kemudian, saya diuji lagi apabila suami bernikah di sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu..hampir sebulan kami tidak berhubung. Berikutan hubungan suami dengan perempuan juga. Tulah bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.

SAJAHEBOH.COM - "Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis" - Luahan Hati Isteri Bila Suami Curang Dengan Wanita Lain

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar nombor telefon, kami whatsApp sepanjang malam. [Sajaheboh.com] Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya. Kebaikan yang dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan.

Isteri baru suami menyatakan kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja, tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja? Jika rumah,bil api air, unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bagi emak semua atas saya? Wallahi,saya tak minta suami sepanjang kami bernikah,ada bagi..tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya,menjaga anak-anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri.

Pada fikiran saya yang dikatakan kolot ni, tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak-anak perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panado, tidur. Budak-budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah ,saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman untnk anak-anak. Ibu saya tak tahu perihal suami saya berkahwin lain.

Suami dan isteri baru, daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan sekali lagi, bukan seorang kini dua orangg. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di facebook dan instagram. Kadang-kadang anak-anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.

Saya hanya mampu mendengar.

Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir,saya tak rugi apa-apa, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak-anak.

Saya bersyukur Allah masih sayang ,ujian saya ni masih kecil jika dibandingkan dgn isteri-isteri yang jadi mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai.

Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa, saya tahu saya kuat. Allah ada, Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa-apa dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada rezeki lain untnk anak.

Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat-bulat.

Buat isteri diluar sana, kalau suami curang atau ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. Kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari dan jangan lupa doa banyak-banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan.

Begitulah luahan hati seorang isteri bila suami curang dengan perempuan lain dan hanya tahu mempermainkannya dengan tidak menghormati perkahwinan mereka. Semoga anda semua beroleh pengajaran daripada kisah diatas ini.

Sekian.

Credit: Kakipromo.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *