Jika Pasangan Curang, Itu Bukan Alasan Untuk Kita Pun Curang

Jika Pasangan Curang, Itu Bukan Alasan Untuk Kita Pun Curang. Sebenarnya tak ada istilah curang untuk suami dalam Islam. Melainkan suami itu curang dengan janjinya pada Allah hingga sanggup membiarkan isteri dan anak anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan betul dan sempurna.Jika Pasangan Curang, Itu Bukan Alasan Untuk Kita Pun CurangPendapat aku, suami tak curang sebab dibolehkan untuk berkahwin empat. Yang salah adalah kaedahnya yang seperti tak ada penyakit tapi cari penyakit. Kesalahan curang adalah pada perhubungan dan pergaulannya, bukan pada hukum Islam dan Poligami.

Kau sebagai lelaki dan suami kena ingat, betapa beratnya untuk berlaku adil. Isteri pertama kau bagi  beli rumah Semi-D RM1.5 juta, kereta RM370,000 serta belanja sebulan RM6,000 sama seperti isteri kedua. Itu dah bukan adil kalau isteri pertama ada 5 anak dan isteri kedua ada 2 anak sahaja.

Ingat, suami yang gagal berlaku adil akan dibangkitkan di akhirat kelak dalam keadaan senget sebelah. Kau try jalan senget sekarang, ketam tak ketam. Inikan pulak di akhirat yang penuh sesak dengan umat manusia. So janganlah happy sangat bila dapat pasang cawangan banyak banyak.

Sebagai isteri pula, kau kena kaji peribadi suami sebaik mungkin untuk mengetahui kesukaan dan kegemaran dia. Walau siapa pun suami kau, dia tetap suami yang kau kena patuh sama ada suka atau tidak asalkan tidak bertentangan dengan larangan agama. Cuba untuk tidak mengungkit atau berleter.

Kau kena tunjuk pada suami kalau dia pusing satu Malaysia sekalipun, dia takkan jumpa isteri yang macam kau. Sejahat mana pun, dia akan kembali pada kau. Selain dari berdoa, berdoa dan terus berdoa yang akhirnya akan berjaya. Suami akan cair dengan kasih sayang seorang isteri, percayalah cinta kerana Allah akan mengubatinya.

Dah buat semua tu, kalau dia nak curang juga kau takkan menyesal sebab kau dah jalankan tanggungjawab dan tugas sebagai isteri dan hambaNya. Aku tahu ramai wanita yang tak setuju sebab bagi mereka, lebih baik mereka dilepaskan dari tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan merasa berdosa.

Kau orang cakaplah apa sekalipun, aku tetap percaya pada membaiki sesuatu perhubungan itu jauh lebih baik dari mengakhirinya. Jangan mengharap untuk orang pertahankan kita kalau kita sendiri tidak pertahankan hubungan serta cinta yang pernah mekar didalamnya.

Kalau pasangan curang, itu bukan alasan untuk kita pun curang, yang jadi mangsa anak-anak. Kalau kau nak mengubah orang di sekeliling menjadi baik, kau perbaiki diri sendiri dulu, baik suami mahupun isteri.

Pelihara hubungan kau dengan Allah, jadikan suami sebagai tiket kau ke syurga dan jadikan isteri serta anak-anak sebagai bantuan di alam kubur nanti. Taat dan tak perlu harapkan balasan dan penghargaan dari suami kerana ganjaran dan pahala itu adalah dari Allah jika niat semuanya kerana Dia.

Bila suami buat hal yang menyakitkan hati, renunglah wajah anak, kuatkan hati. Kalau penceraian bukan penyelesaian terus, banyak juga doa-doa dan tips yang boleh kau jadikan panduan. Antaranya, bila suami dah tidur, usaplah ubun-ubunnya sambil berdoa pada Allah untuk kebahagiaan dan kelembutan hati suami yang suka cari penyakit. Takpun azan sekuat hati kat telinga suami.

Kau tu sebagai suami, dimata masyarakat dan orang luar kau menjadi pemimpin, idola, sifu dengan penuh pujian tapi hakikatnya dirumah hanya isteri yang tahu. Jangan terlalu menilai wanita atau isteri menentang hukum Allah semata-mata kerana keburukkan suami, hanya isteri dan Allah sahaja yang tahu.

Banyak yang inbox menanyakan tentang suami yang curang. Jawapan dan tips yang aku mampu bagi sebagai suami dan lelaki yang gagah perkasa, banyakkan muhasabah diri, perbetulkan hubungan dgn Allah dan banyakkan bertaubat. Jangan biarkan perangai suami mengubah kau dari wanita solehah kepada sebaliknya.

Hati manusia dalam genggaman Allah. Lihat anak-anak dan fokus didik ahli syurga di rumah dan segala tenaga jangan dibazirkan dgn sakit hati, marah dan dendam. Bagi kasih sayang kepada semua mahluk Allah in shaa Allah kasih sayang kita dapat. Hentikan pergaduhan, sebab setelah bertahun buat benda yang sama so hasilnya pasti sama, pandai-pandailah atur strategi.

Eleena merajuk macam mana sekalipun sebelum aku keluar mesti stoking, baju, seluar dan spender siap atas katil. Nescafe O sejuk untuk basahkan mulut mesti ada. Alhamdulillah. Nampak? Tiap hari dia menang.

Jangan gopoh dan jangan gejoloh. Gejoloh ni tiga kali ganda dari gelojoh. Kau apa tau, hadam dan hayati dengan akal fikiran yang waras dan ingat, kita hidup kerana siapa dan untuk apa?

Positif yang kau fikirkan makan positif jugalah hasilnya in shaa Allah.

p/s baca juga entri Isteri Kantoi Curang Dengan Rakan Sepejabat

source: Alifchanel

Facebook Comments Box

One Reply to “Jika Pasangan Curang, Itu Bukan Alasan Untuk Kita Pun Curang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *