Jaga Hati Isteri, Jangan Biarkan Terluka Agar Hidup Lebih Tenteram!

Buat kaum lelaki, Jaga Hati Isteri , Jangan Biarkan Terluka Agar Hidup Anda Lebih Tenteram! Memang normal kalau suami isteri bergaduh mengenai sesuatu yang bercanggahan pendapat. Kalau suami isteri tu tak pernah bergaduh, agak tidak normal bukan? Walaubagaimanapun, kena ingat hati isteri mahupun hati suami kenalah sentiasa dijaga baik-baik dan jangan membirkannya terluka disebabkan anda. Ini adalah Kisah luahan hati seorang isteri terhadap suaminya yang tidak pandai menjaga hatinya.Jaga Hati Isteri

Saya hanya nak luahkan apa yang jadi pada diri saya sendiri dan mungkin perkara yang sama yang berlaku kepada isteri-isteri yang lain di luar sana. Saya faham kalau suami sekarang- lebihkan telefon pintarnya berbanding dengan isteri-isteri mereka. Kadang kala, isteri sudah di depan mata, isteri punya lawa, dan wangi depan dia, suami masih lagi sibuk dengan telefon dia.

Lepas itu, yang paling tak tahan, kalau dengan isteri sendiri, cakap kasar-kasar. Tapi bila dengan orang lain, cakap bukan main lembut lagi. Manja saja. Pelik betul. Kenapa ye suami zaman sekarang tak suka layan isteri mereka baik-baik? Kadang-kadang, bila isteri tag dekat Facebook suami, suami buat tak layan. Bila perempuan lain punya status, punya gambar, bukan main laju saja dia komen cakap cantik lah apa lah.

Bila fikirkan suami ini memang tak pernah puas agaknya. Apa yang mereka nak sebenarnya? Kasihan lah sikit dekat isteri kan?

Saya sendiri ada suami yang suka komen dan cakap manja-manja dengan perempuan kat laman sosial. Bila tanya kenapa dan mengapa dia cakap macam tu? Jawabnya dia saja nak bergurau-gurau. Sikit pun tak pandai nak jaga hati isteri dia tu. Lepas itu, tahu nak marah, tahu nak komplen saja bini dia macam-macam. Nasihat saya kepada suami-suami yg kat luar sana, sila la cerminkan diri awak semua.

Jaga hati isteri awak, kalau awak nak rezeki awak luas, hidup awak aman. Sebab isteri ini punca rezeki awak.

Oleh itu, buat semua kaum lelaki terutama mereka yang bergelar suami kenalah peka dan ambil berat akan perasaan isteri masing-masing. Jaga hati isteri baik-baik dan kehidupan anda pasti akan lebih baik lagi.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *