Ingatkan Suami Keluar Buat Uber, Namun Rupanya Dia Buat Lebih Dari ‘Uber’. Assalamualaikum.. kisah ni terjadi pada diri sendiri. Kerana uber suami aku curang. Pada Mei 2017, suami aku menyatakan hasrat untuk buat uber di KL.
Katanya nak tambah pendapatan keluarga. Dia tinggal di rumah kakaknya yang belum berkahwin. Selama 3 bulan di sana aku tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab suami aku seorang yang tak pernah lupa tanggungjawab pada aku dan anak aku. Setiap hari dia akan call aku berjam berborak kerana rindu.
Demikian aku tak ada sebab untuk mengesyaki suamiku. Pada Julai, suami aku hilang dari radar selama 3 hari. Katanya cirit dan kena tambah air.
Aku pelik sebab call langsung tidak berjawab. Namun tak ada bukti. Aku hanya mampu diamkan diri sehinggalah September dia ada di rumah bersama aku. Aku yang tak pernah check hp terdetik untuk buka blocking call and blocking mesej. Ada beberapa nombor yang diblock.
Aku call satu persatu dan salah satu nombor tersebut menyebabkan hati aku benar benar hancur. Bukti-bukti gambar dia bersama perempuan tu bercuti di peranginan terkenal di malaysia sangat intim.. berpeluk cium.. rupanya dia hilang Julai hari tu sebab pergi bercuti bersama kekasih.
3 bulan tinggal bersama.. hanya waktu siang tinggal di rumah kakak ipar aku. Selepas berborak dalam phone dia bagitau nak buat uber.. rupanya pergi buat uber lain. Dia minta peluang terakhir.. memang aku berusaha beri peluang pada dia.. tapi terlalu berat aku rasa nak lupakan pengkhianatan tu..
Gambar-gambar mereka berpeluk bermesra sebagai suami isteri terbayang di mata aku. Hidup seperti suami isteri.. suami aku sediakan semua keperluan perempuan tu.. ini pengakuan dari perempuan tu.. semua bukti baju gambar mereka telah diberi pada aku.
Cuma aku masih menjaga aib mereka berdua dengan harapan Allah menjaga aib aku. Jika tak aku memang dah viral kan muka mereka berdua.
Pada suami aku.. aku terlalu mencintai mu.. terlalu mempercayai.. aku tak sangka tergamak kau khianati cinta ini.. jika tiada cinta.. kasihanilah kami yang di sini setia menanti pada waktu tu.. beratus kali aku call selama 3 hari tiada jawapan.. sungguh sakit aku rasakan.
Wahai suamiku.. aku telah memaafkan mu namun sungguh berat menanggung derita yang aku lalui ini.. andai ada kekuatan pasti aku telah bawa diri. Namun kerana cinta aku masih di sini bersamamu menanggung duka lara.
Walau aku memaafkan mu.. namun hati ni dah terlalu hambar.. hanya kerana aku sayangkan hubungan ni.. aku bertahan demi anak kita wahai sang suami…
Credit: Kisah Rumah Tangga