Gigi Pembaca Berita Tercabut Ketika Siaran Langsung

Ingat Penonton Tak Perasan, Gigi Pembaca Berita Tercabut Ketika Siaran Langsung. Siaran langsung merupakan siaran dalam masa nyata (real time) atau secara tundaan jangka masa singkat. Siaran langsung sering digunakan dalam rancangan berita dan juga sangat popular di kalangan para peminat sukan seperti bola sepak.Gigi Pembaca Berita Tercabut Ketika Siaran Langsung

Kejadian yang berlaku kepada seorang penyampai berita wanita di Ukraine, penyampai wanita yang bernama Marichka Padalko berdepan dengan situasi janggal dan mungkin memalukan apabila gigi depannya tanggal ketika bersiaran langsung.

Walaubagaimanapun, Marichka Padalko berjaya menangani situasi tersebut dengan tenang dan terus membaca berita seolah tiada apa yang berlaku. Dia meletakkan giginya yang tercabut di dalam tangan dan terus membaca berita.

“Sejujurnya saya ingat penonton tidak akan perasan dengan insiden itu. Tapi ia meleset apabila para penonton cukup memberi perhatian,” – kata Marichka Padalko

Gigi Pembaca Berita Tercabut Ketika Siaran Langsung

Menurut Marichka, giginya perlu dibaiki pada 10 tahun lalu selepas ditumbuk anak perempuannya secara tidak sengaja menggunakan jam loceng jenis logam.

Meskipun rangkaian televisyen tidak memuat naik video tersebut di YouTube, Marichka kagum dengan sokongan yang diterima. Dia juga turut memuat naik video tersebut di laman Instagramnya:

VIDEO:

 

“Dalam apa situasi, kekal tenang. Jumpa anda semua esok pagi,” ujarnya. – Saja Heboh

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.