Demi Anak Perempuan, Seorang Bapa Sanggup Berjalan Sejauh 17KM Setiap Hari

Demi Anak Perempuan, Seorang Bapa Sanggup Berjalan Sejauh 17KM Setiap Hari. Demi anak perempuan tersayang, seorang bapa tunggal berusia 21 tahun, Trenton Lewis, bertindak berjalan kaki sejauh 17 kilometer setiap hari untuk ke tempat kerjanya sejak lebih tujuh bulan lalu.

SAJAHEBOH.COM -  Demi Anak Perempuan, Seorang Bapa Sanggup Berjalan Sejauh 17KM Setiap HariOleh itu, bagi memastikan dia tiba di pejabat sebelum bermula syifnya jam 4 pagi, dia terpaksa memulakan perjalanan daripada tempat tinggalnya seawal jam 12 pagi untuk ke pejabatnya yang terletak di Bangunan UPS, Little Rock, Arkansas, Amerika Syarikat.

Jelas Lewis, dia bertindak sedemikian bagi menyara anak perempuannya, Karmen yang berusia 14 bulan yang juga merupakan pembakar semangatnya untuk berjalan kaki sejauh itu setiap hari.

“Saya mahu bersama anak perempuan saya dan sentiasa mendapat sokongan daripadanya. Saya mahu menjadi bapa yang baik,” katanya.

Tambah Lewis, yang tidak pernah sekali pun tiba lewat, setiap hari kakinya sakit selepas berjalan jauh untuk pergi dan balik ke rumahnya, namun dia mempunyai tanggungjawab besar untuk membesarkan anaknya itu.

“Kerja saya ini menjadi lebih penting selepas kehadiran Karmen. Saya mempunyai semangat yang tinggi.

“Apa saja yang diperlukan oleh Karmen, saya yang perlu bertanggungjawab untuk menyediakannya,” kata Lewis kepada CNN.

Lewis tidak pernah memberitahu sesiapa tentang cara dia hadir ke tempat kerja setiap hari, namun keperitan yang dilaluinya itu diketahui oleh seorang rakan sekerja, Patricia Bryant.

Patricia kemudiannya mendedahkan perkara tersebut kepada suaminya, Kenneth Bryant yang turut bekerja di UPS.

Setelah mengetahui perkara tersebut, Kenneth mengambil inisiatif untuk membantu Lewis dengan mengumpul dana daripada rakan-rakan sekerja di UPS secara diam-diam supaya tidak diketahui Lewis.

“Jika seseorang mempunyai kegigihan seperti itu, saya sedia membantu mereka. Kami hanya ingin sama-sama membantu setakat yang kami mampu,” kata Kenneth.

Dana yang berjaya dikumpul pasangan Bryant selama beberapa bulan itu akhirnya mencecah RM8,000 dan cukup untuk menghadiahkan sebuah kereta untuk kegunaan Lewis.

Kenneth bertindak membelikan sebuah kereta Saturn Ion dan memberinya sebagai kejutan kepada Lewis dihadapan pejabat disaksikan pekerja-pekerja UPS.

Video pemberian itu dikongsikan ke Facebook dan Lewis dilihat sangat tekejut dengan hadiah yang diterimanya itu.

“Inilah kereta pertama saya. Saya mempunyai rakan sekerja yang sangat hebat!” kata Lewis sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada rakan-rakannya.

Menurut Kenneth, tidak semua yang memberi sumbangan mengenali Lewis secara rapat, namun setelah mengetahui apa yang dilaluinya, mereka semua turut ingin membantu.

“Mereka sangat mengagumi kegigihan Lewis yang sanggup bangun pagi-pagi dan berjalan sejauh itu untuk ketempat kerja,” ujarnya.

Video source: ABC News

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua orang dan semoga Lewis terus menjadi bapa yang baik untuk anak kesayangannya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *