Buntu Cara Jual Lambakan Buah Labunya, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual Bertan-tan Selepas Video Tular

Seorang petani orang kurang upaya (OKU), Izzat Amir Adam, yang sebelum ini tular video dan fotonya, buntu untuk memasarkan lambakan buah labu yang diusahakannya kini sudah boleh menarik nafas lega.sajaheboh.com - Buntu Cara Jual Lambakan Buah Labunya, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual 20 Tan Selepas Video Tular

Ini kerana, selepas videonya tular dia tidak menyangka ramai yang mahu membantu membeli, serta prihatin dengan keadaannya. Malah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga membeli sebanyak tujuh tan labu.

Harap dapat jual 20 tan labu
Difahamkan, Izzat kini sedang dalam usaha mahu 20 tan labu untuk dijual dan dia berharap dapat dihabiskan dalam selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan sebelum buah menjadi busuk.

sajaheboh.com - Buntu Cara Jual Lambakan Buah Labunya, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual 20 Tan Selepas Video Tular

Izzat telah mengusahakan tanaman labu di tanah seluas kira-kira satu hektar di Nenasi di Pekan, namun dia berdepan kerugian kerugian selepas pembeli labunya semakin berkurangan.

sajaheboh.com - Buntu Cara Jual Lambakan Buah Labunya, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual 20 Tan Selepas Video Tular

Viral di media sosial
Pemuda berusia 29 tahun itu berdepan masalah untuk memasarkan sendiri buah labu itu kerana tidak mempunyai kenderaan sesuai, sehingga seorang ahli keluarganya mencadangkan supaya dirinya membuat video ‘iklan’ di media sosial.

Posted by Sale Hudin on Thursday, 18 June 2020

Ramai datang beli labu
Daripada situlah, ramai yang mengetahui mengenai perniagaan labunya selepas videonya tular di media sosial. Difahamkan, Izzat Amir yang kehilangan lima jari kanan akibat kemalangan semasa menggunakan mesin menuai padi empat tahun lalu.

Semoga hasil tanam dan perniagaan pemuda ini terus maju, sekaligus membuktikan kekurangan diri bukanlah alasan untuk kita tidak mampu berjaya.

Sumber : Bernama

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *