Betul Ke Kalau Kena Kayap Pusing Satu Badan Pasti Mati? Ini Penjelasan Doktor

Betul Ke Kalau Kena Kayap Pusing Satu Badan Pasti Mati? Ini Penjelasan Doktor Abdul Rahim melalui akaun facebooknya sendiri. “Betul ke kalau kena KAYAP & dia pusing satu ROUND badan anda & bila bertembung…..pasti anda akan MATI. Kalau dia pusing dua round…he! he! anda HIDUP kembali…he he he!”

SAJAHEBOH.COM - Betul Ke Kalau Kena Kayap Pusing Satu Badan Pasti Mati? Ini Penjelasan DoktorNak tau dak, suatu pgi di Klinik doc…sorng pemuda masuk bilik consultant doc dlm kesakitan & kena KAYAP gelembung2 menular di bhgian kanan badan serta memegang Surah Yasin. Doc tanya dia mengapa bawa Surah Yasin ni!!.Dia kata: “Doc; betul ke depa kata; saya kan mati bila kayap ni bertembung satu pusingan keliling badan sy nanti. Tolongg doc saya muda lagi; belum kahwin lagi”. …Doc hihihi SENYUM KAMBING je dgr kesedihannya!!…kecian doc tengok air mukanya…sungguh DOWN perasaannya!!
Betul ke kata Pemuda tu?? Pernah dlm hidup anda pi ZIARAH JENAZAH mati krn KAYAP??….TIADA nu…Maka itu MITOS je.

A. MITOS KAYAP:

  1. Bila satu hujung kayap bertemu dgn satu hujung lagi….maka MATI le anda. Doc sampai lani tak pernah pi ziarah org mati krn kayap seumur hidup doc. Anda ada tak?
  2. Jangan makn ubat…biar kayap tu keluar habis. Doc nak tanya anda; yg nak sakit tu org yg kena kayap ke atau yg bgi nasihat kpd kita yg tak betul ni….Lagi kayap merebak…lagi le sakit.
  3. Bila dah jadi parut dan parut tu sakit…dikata pula sbb kayap tu karam dlm badan & tak keluar habis. Sebenarnya yg sakit ialah saraf kita yg di serang kuman kayap tu sampai 2-3 bulan!
  4. Jangan makan buah/sayuran menjalar/ berjalur (eg: tembikai, timun, labu) hihihi nanti parut anda jalar2 mcm harimau…hihihihi.
  5. Tak boleh dengar org goreng lauk, atau mkn mknn goreng & gatal…nanti kayap anda lagi sakit & gatal teruk…..kesihan nu!!

B. ILMU doc nak bagi sikit hal KAYAP.

  • Doc panggil Kayap sbgai Herpes Zoster. Ianya terjadi bila KULIT & SARAF anda diserang Virus Varicella Zoster.
  • Virus ni serang kulit DERMATOME & urat saraf KIRI ATAU KANAN je & menyebabkan keradangan saraf tersebut yg buat anda sakit teramat sangat. Kulit anda terjadi kebas & panas.
  • Lepas 3 -5 hari, terdpt tompok-tompok KEMERAHAN yg menyakitkan atas kulit anda. Lps 1 – 2 hari, timbul GELOMBONG2 air yg kecil. Cecair tu leh jadi KUNING bila infeksi dgn kuman.Akhirnya gelembong2 tu jadi kering. Kulit kering melupas sendiri dlm 1 -2 minggu. Kemudian tinggal le PARUT di kulit.

**Doc nak bgi peringatan:
KAYAP HANYA JADI DI SEBELAH KIRI atau KANAN BADAN/ MUKA je. TAK AKAN BERTEMBUNG……..he he he…Tok nek kita suka melawak je, kata bila bertembung MATI le kita. Tau dak, kita nak mati anytime…bukan krn kayap nu.

C.  Jika kayap melibatkan muka, ia libat SEPARUH MUKA kanan atau kiri. Klu kayap masuk MATA menjadi buta. Klu kena otot & saraf muka kepala kita. Otot2 muka anda akan lumpuh (facial palsy). Kayap boleh merebak ke organ dalaman kita seperti:

  • otak(meningoencephalitiscarditis), paru-paru (pneumomitis)
    usus (enterocolitis).

D. Ni Komplikasi jika anda kena Kayap :

  • Ada parut dikulit bekas kayap tu.
  • Ada kesakitan pd bahagian urat saraf yg kena kuman kayap dlm jangka panjang.

Rawatan:

  1. Menyapu ubat spt potassium permanganate atau calamine lotion untk keringkan gelembong air kayap.Ada yg colek gelembung kayap bagi cepat kering.
  2. Ubat penahan sakit ponstan/ diclofenac
  3. Ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
  4. Ubat antiviral Acyclovir, valacyclovir & famciclovir.

Rawatan traditional boleh je guna. Tapi tiada Medikal Proof je. Klu tak kesan….tanggung sendiri le/stop je. Ada yg Sapu kapur,pucuk delima; melur, mambu, ubi dan bedak. Guna le cara rawatan apa yang anda suka…OK je!!

Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Pulau Pinang.
Tel: 04-6444181

source: Dr. Abdul Rahim

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.