Betul Ke Best Bercinta Selepas Kahwin? Apa Pandangan Anda Memang bukan mudah untuk mengubah persepsi orang zaman sekarang tentang bercinta. Sebab dah ditanam dalam fikiran setiap orang bahawa bercinta itu adalah pra-syarat perkahwinan.
Entah dari siapa yang memulakan adat bercinta sebalum kahwin ini, sedangkan mak bapak atok nenek kita dulu pun mostly dijodohkan oleh ibu bapa mereka.
Bila dikatakan tentang indahnya bercinta selepas pernikahan, kebanyakannya menganggap ianya janggal keana persepsi yang berbeza tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul, boleh bahagia ke? serasi ke? dan pelbagai lagi soalan yang timbul, padahal sebenarnya bukanlah tiada cinta sebelum nikah,cinta itu memang ada, dan perasaan itu memang wujud, Cumanya setiap manusia ini berbeza tentang definisi sebuah cinta itu sendiri.
Mungkin kerana itulah ramai yang menganggap kehangatan cinta selepas kahwin ini akan berkurang , dan kemudian mereka menikmati enaknya bercinta sebelum berkahwin ini, kononnya mahu mencari keserasian agar cinta takkan pudar selepas berkahwin nanti
Cinta Sebelum kahwin
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.
“Allah cemburu, dan orang mukmin itu yang ada sifat iman ini pun cemburu ..”
Takut apabila kita letakkan selain dari Allah lebih kita ingati ,lebih kita fokus dan sanggup korbankan sesuatu untuk dia. Allah akan cemburu pada kita, dan apabila Allah cemburu pada kita, azab Allah yang paling kita takut adalah Allah tidak kisah lagi pada kita sebab kita tak balas cintanya. bila allah tak lagi kisah lagi pada kita, apa akan jadi? kita takkan rasa lazat lagi pada jalan2 kebaikan, kita takkan seronok lagi pada kebenaran, kita buat ikut suka kita, jadi kita terpisah dari hidayah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.
Jangan dusta melebihi cinta
Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cintakepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Mohon cinta padaNYA
Makanya, jika kita sudah jatuh cinta, pastkan bahawa cinta iyu adalah cinta kerana Allah yang akan menambahkan khusyuk kita dalam solat, dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu menambahkan maksiat kita, itu jelas menunjukkan bahawa cinta kamu itu didorong oleh hawa nafsu semata-mata.
Solat Istikharah
Walaubagaimana pun, cinta itu adakalanya datang tanpa kita jangka, bak kata orang, cinta pandang pertama. Disitulah perlunya kita mengamalkan doa diatas tadi dan kemudia beristikharah lah.
”Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah.”
Say NO to MAKSIAT
Jika anda mencinta seseorang mohonlah kepada Allah, ini kerana manusia dan perasaan itu adalah datangnya dari Allah SWT. silap orang zaman sekarang adalah meminta perasaan cinta itu direct kepada empunya diri. Apakah yang akan kita nikmati selepas berkahwin jika sebelum kahwin lagi kita sudah melalui pelbagai nikmat yang sepatutnya dirasai selepas berkahwin dan melakukan maksiat. Apatah lagi jika sudah terlanjur, dan kemudian jodoh dia bukan dengan kita. bukankah ianya sia-sia dan rugi.
NIKMAT Cinta Selepas nikah
Alam hadis riwayat al-Baihaqi-ra, daripada Rasulullah saw juga ada menyebutkan.
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi…”
Hadits ini menunjukan bahwa menikah merupakan perkara penting dalam Islam sehingga tidak sempurna agama seseorang tanpa menikah, dan dengan menikah kita boleh mendapat pahala yang begitu besar. dan bagaimana tidak pahala-pahala besar itu hanya boleh didapat oleh orang yang sudah menikah, seperti pahala mendidik anak, pahala menfkahi keluarga, dan lain-lain. So sebab tu lah menikah merupakan kesempurnaan dari agama ini dan islam telah mensyari’atkan menikah. Nabi bersabda:
“menikah adalah sunnahku, barang siapa yang membenci sunnahkku maka ia bukan termasuk golonganku” (HR. Bukhary)
Orang yang bercinta kerana Allah..
Pertama sekali dia kena muhasabah diri : ketertarikan dia pada si dia adalah kerana apa? kewarakannya? agamanya? fitriahnya? atau tertarik kepada ransangan nafsu? atau ransangan yang tidak sepatutnya atau yang tidak rasional.
Kedua, cek balik bagaimana si dia menawarkan cintanya pada kita. sebab bila kita jelas cara sidia menawarkan cintanya pada kita , kita boleh menilai sesuatu sbb kita tak mampu nak menilai banyak perkara tentangnya.” Kita melihat luarannya , dan Allah lebih tahu dalamannya”. Kalau dia tawarkan cintanya pada kita dengan jalan-jalan yang menghampiri zina, Call, Dating, sms TANPA URUSAN, maka nak ke kita mulakan bahtera rumah tangga kita dengan dasar yang maksiat kepada allah, Macam mana rumah tangga kita nak teguh, jika asasnya rapuh itu adalah sangat tidak wajar.
Ketiga, jaga ikhlas kita dengan allah. bimbang apabila kita tak jaga ikhlas dengan allah , kita tak ada rasa, apa itu rasa,apa itu rasa? rasa ini adalah satu rasa yang allah campakkan kepada org yang jaga ikhlas dgn allah supaya tak rasa tertipu. supaya kita boleh pertimbangkan yang wajar apabila kita diuji.
Keempat, Kita bercinta kerana Allah hati kene sensetif, kite kena banyak tutup pintu2 fitnah, kalau kita rasa nak sms sidia, nak tanya dah makan ke belum, ataupun sekadar nak tanya tengah buat apa tu?Kita dialog balik dengan Allah, adakah sms itu kuat sebagai urusan? apakah itu urusan? Urusan ini adalah satu benda yang apabila kita bentang depan allah kita dialog dengan allah kita yakin kita boleh jawab dengan allah diakhirat nanti, itulah namanya urusan, tapi kalau rasa nanti allah soal kita tak boleh jawab, kita muhasabah diri balik.Tutuplah pintu fitnah komunikasi antara lelaki dan perempuan pada benda yang bukan urusan.
Seterusnya, kita kene banyak siapkan diri sebagai pasangan ideal. Bukan kepada sidia, contohnya nanti selepas kahwin nak jadi seorang yang romantik,praktikkan dulu pada ibu kita, sms pada ibu kita, “ i love u ibu..” Ataupun pada adik beradik, “ Adik.. kakak/abang nak balikhujung minggu depan.. nanti kakak bawak balik hadiah.” itu pun skill2 romantik, skill komunikasi,skill meraikan, yang kita praktikkan secara bermaruah, secara yang allah redha dalam kehidupan seharian kita.
Kesimpulannya Semakin kita jaga hati kita, makin rasa malu, makin rasa hormat, makin kita kawal, makin kita tutup, dalam tempoh sebelum berkahwin ini. Insyaallah nanti dah kahwin, rasa cinta itu akan meletup , rasa bercinta sakan, Yang indahnya , nikmatnya cuma orang selepas berkahwin sahaja akan rasa.. Subhanallah.. masa ni lah Allah campakkan nikmat bercinta yang halal, cinta yang Allah redha.. Bersama pasangan kita merasa nikmatnya syurga selepas berkahwin, didunia dan akhirat. AAMIIN.
Sumber:purpleperfect.com