Betul Ke Adi Putra Failkan Penceraian Terhadap Isteri Pertama ?

Betul ke Adi Putra Failkan Penceraian Terhadap Isteri Pertamanya? Kalau pada tahun 2012, pelakon lelaki popular, Adi Putra pernah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof (namun ditarik balik), menurut sumber mStar Online, Adi Putra sekali lagi memfailkan penceraiannya itu pada 3 Mac lalu.

Adi Putra Failkan Penceraian Terhadap Isteri PertamaMenurut sumber, pendaftaran penceraian tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur. Sementara itu usaha untuk mendapatkan kenyataan Adi berhubung perkara tersebut juga gagal kerana kini dia sedang sibuk menguruskan jemaah umrah di Mekah.

Adi dan Aida telah mendirikan rumah tangga tahun 2006 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Nama Adi sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar perkahwinan rahsianya tersebar pada tahun lalu.

Apa pun yang dilalui Adi Putra ketika ini, pastinya tuan punya badan mempunyai jawapan yang tersendiri dalam mengharungi dugaan demi dugaan dalam berumahtangga.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *