Bahaya Gambar Facebook Digunakan Untuk Ilmu Hitam! Hati-hati Upload Gambar

Sila berhati-hati semasa upload gambar di facebook anda! Inik kerana bahaya gambar facebook, ada kemungkinan orang yang berdendam, bermusuh ataupun tidak puas hati dengan anda boleh menggunakannya untuk ilmu hitam!

Oleh kerana semua orang ada Facebook, sehingga mustahil untuk mencari mereka yang tiada Facebook, jadi sudah semestinya bomoh juga ada Facebook untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.Bahaya Gambar Facebook Digunakan Untuk Ilmu Hitam! Hati-hati Upload GambarBagi mereka yang gemar memuatnaik gambar gambar selfie sendiri, gambar bersama keluarga, awas!! Andalah yang harus berhati-hati.

Ini kerana agensi keselamatan Internet CyberSecurity Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan perkara berkenaan yang kononnya bagi mengelakkan ancaman ilmu hitam.

Menurut pegawai komunikasi korporatnya Jazannul Azriq Aripin berkata terdapat laporan bomoh peroleh gambar mangsa dari Facebook dan dijadikan alat pemujaan ilmu hitam.

“Jangan terkejut jika bomoh sendiri sudah semakin bijak dan mereka mungkin memasang kemudahan jalur lebar tanpa wayar di rumah bagi melancarkan tujuan ilmu hitam mereka.

“Justeru, elak meletakkan gambar sendiri dan gambar bersendirian di Facebook bagi mengelak menjadi ancaman ilmu hitam,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

CyberSecurity Malaysia merupakan satu agensi di bawah Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi yang berfungsi memantau keselamatan cyber dinegara kita, Malaysia.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *