Benarkah Mee Segera Berbahaya Kepada Kesihatan? – Ini Penjelasan Doktor Mengenai Perkara Ini. MITOS MEE SEGERA – Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas?
Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama.
Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok.
Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam.
Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda.
Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
JAWAPAN:
Bahaya mee segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yg tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkn kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
Sekian.
Credit: Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Medtweetmy