Baru Keluarkan DUit Belanja Mahal Beli Ikan, Lelaki Panik Saat Perasan Mulut Ikan Itu Sentiasa Tutup Dan Terus Memeriksanya Untuk mengetahui apa terjadi kepada ikan tersebut.
Arowana emas, istilah saintifiknya adalah scleropages formosus, adalah salah satu ikan purba yang masih hidup, juga dipelihara oleh banyak orang sebagai ikan hiasan. Ramai yang mengatakan bahawa mempunyai seekor di rumah membawa nasib baik, dan lelaki ini benar-benar salah seorang yang bertuah.
Arowana telah wujud sejak 2.9 bilion tahun dahulu. Jika diperhatikan, Arowana berenang secara perlahan tetapi stabil, dalam skala yang luas dan besar, dengan warna kebiruan sebagai warna latar belakang. Warna emas di badan Arowana menjadikannya kelihatan gah!
Seluruh badan ikan ini diliputi dengan warna keemasan, yang melambangkan kecantikan dan kekayaan. Kerana keistimewaannya, ia merupakan haiwan peliharaan yang mahal dan bernilai tinggi. Seorang lelaki pergi ke kedai haiwan peliharaan dan terpegun dengan cara ikan ini berenang dan terus membelinya.
Beliau melepaskan ikan itu ke dalam akuarium ikannya dan perasan ikan tersebut kelihatan agak aneh – mulutnya tidak dibuka. Beliau juga panik kerana ikan lazimnya membuka mulut untuk bernafas.
Hal ini mengakibatkan lelaki itu risau ikan mahalnya akan mati. Lantas, beliau memutuskan untuk membuka mulut ikan itu untuk diperiksa.
Alangkah terkejutnya beliau semasa membuka mulut ikan tersebut kerana terdapat sekumpulan ikan kecil keluar daripada mulut ikan tersebut!
Lelaki itu fikir ia mungkin sisa ikan hidup yang diberikan kepada Arowana untuk makan tetapi setelah melihat lebih dekat dan mencari maklumat di laman google untuk mendapatkan jawapan, beliau mendapati bahawa ikan kecil itu sebenarnya anak ikan Arowana emas. Lelaki itu benar-benar terkejut dan gembira.
Dia tidak pernah menyangka bahawa dengan membeli Arowana yang mahal ini akan mendapat percuma sedozen anak ikan.
Ia seperti membeli satu dan percuma sedozen, beliau sangat gembira! Arowana kecil ini membolehkan lelaki ini mendapat keuntungan yang besar sewaktu ia besar kelak! Jika pemilik kedai haiwan peliharaan itu tahu tentang ini, beliau akan pengsan!
Kalau dah rezeki, tak kemana kan.