Akibat merokok , nyawa anak kecil menjadi mangsa. Kisah sedih dan penuh penyesalan oleh lelaki ini perlu diambil perhatian untuk anda yang merokok atau mempunyai ahli keluarga yang merokok.
Anda bila lagi nak berhenti, jangan sampai macam saya,menyesal nanti” pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rokok.Katanya anaknya itu meninggal akibat pneumonia atau radang paru-paru, pada usia yang sangat muda tentulah sangat tipis untuk menyelamatkannya.
Kesal berbalut rindu lelaki ini mengisahkan ceritanya tentu untuk mengingatkan kepada orang lain.
Saya adalah bekas perokok tegar selama 18 tahun,anak saya perempuan sangat comel, genap usianya 1 tahun 10 hari dia wafat akibat di jangkiti radang paru paru yang berpunca dari asap rokok yang saya hisap setiap hari.
Saya tidak merokok di sebelahnya, saya merokok jauh dari anak saya meskipun masih duduk di ruangan yang sama.
Lalu bagaimana boleh membahayakan anak? Anak saya terkena racun rokok yang melekat pada baju ketika saya mendukung dan bermain dengannya selepas merokok.
Pengakuan lelaki ini turut mendapat perhatian dari doktor pakar sama ada bau racun rokok yang melekat pada baju berbahaya.
Menurut Dr. Arif orang tua yang merokok di manapun baik dekat atau jauh ia akan tetap berbahaya,terutamanya bagi kanak kanak.
Asap rokok masih berbahaya dalam jarak 10 meter jadi walaupun merokok di luar rumah masih besar kemungkinan asap rokok masuk kedalam rumah.
Racun yang melekat pada baju disebut third hand smoker ,residu racun rokok bahanya sama seperti second hand smoker yang di sebut perokok pasif.
Tentu sangat berbahaya selepas habis merokok kita mendukung anak kita terutama bayi,kalau masuk rumah selepas merokok pastikan anda mandi terlebih dahulu dan menukar baju sebelum bermanja dengan anak!
Oleh itu, bagi anda yang merupakan seorang perokok, fahami dan takutilah akan bahaya dan akibat merokok kepada anda dan juga orang disekeliling. Ya, memang berhenti merokok itu tidak mudah tetapi buatlah secara berausur-ansur dan usaha seikhlas hati pasti berjaya!