Adakah Ini Balasan Perampas Suami Orang Dan Tunang Orang?

Adakah Ini Balasan Perampas Suami Orang ? Seorang wanita yang mengaku sebagai perampas suami orang bakal membuka mata anda tentang balasan dan padah apabila tersalah membuat pilihan.

Emma (bukan nama sebenar) telah membuat pengakuan ini dengan harapan anda di luar sana mendapat sedikit teladan dari kisahnyaya ini.Adakah Ini Balasan Perampas Suami Orang Dan Tunang Orang?Saya dikategorikan sebagai perampas suami orang, dan suami saya yang sekarang ini pula sebagai perampas tunang orang.

Saya putus dengan tunang saya dan dia bercerai dengan isterinya semata-mata untuk kami berdua bersatu.

Dia ada dua orang anak, hasil dari perkahwinan pertama. Bagaimanapun, bekas isterinya telah membuat keputusan untuk tidak menjaga kedua-dua orang anaknya. Jadi, buat pada masa ini, kedua-dua anak mereka di bawah jagaan nenek sebelah suami saya.

Saya dan suami tidak dapat menjaga mereka berdua atas faktor perhubungan jarak jauh dan kerja.

Sekarang, saya ada seorang bayi, malangnya sehingga ke hari ini, rumahtangga kami tidak pernah aman. Asyik bergaduh saja, selalu bergaduh tentang nafkah. Mentang-mentanglah saya bekerja, jangankan bagi saya duit, duit gaji saya pula yang dimintanya. Kereta yang dia guna pun kereta saya. Sampai satu tahap saya nak tuntut cerai daripada dia.

Dulu, semasa saya mahukan dia, dia ‘loaded’. Makin lama makin teruk pula income dia. Ingatkan boleh naik balik, jadi saya pun bersabar sajalah. Tetapi sampai sekarang saya pula yang terpaksa menanggung beban disebabkan dia.

Buat pinjaman pembelian rumah pun menggunakan nama saya. Tak lama lagi potong gaji RM1,000+ untuk bayaran pinjaman rumah. Dia pula kata akan bawa dua orang anaknya tinggal bersama dengan kami di rumah baru.

Itu hal kecil, tetapi persoalannya ialah, sampai bila saya harus menanggung dia dan mengambil alih tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga? Adakah ini balasan tuhan sebab saya ini perampas suami orang?

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.