2 Jenis Makanan Ini Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Kanser Ketiga Terbanyak Dihadapi Kaum Wanita

2 Jenis Makanan Ini Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Kanser Ketiga Terbanyak Dihadapi Kaum Wanita. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah penyakit kanser ketiga paling banyak dihadapi oleh golongan wanita di Malaysia.

SAJAHEBOH.COM - 2 Jenis Makanan Ini Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Kanser Ketiga Terbanyak Dihadapi Kaum Wanita.Ketua Klinik Pemeriksaan Kesihatan dan Kanser Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Dalilah Kamaruddin mengatakan yang sebelum ini, kanser serviks telah dikenal pasti sebagai kanser kedua yang paling banyak dihadapi di Malaysia. Tetapi disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat, kedudukan itu telah berubah.

Kanser serviks biasanya akan menyerang wanita yang berusia 35 sehingga 55 tahun dan salah satu cara utama cegah kanser serviks adalah dengan mengambil vaksin. Kesedaran masyarakat terutama sekali wanita mengenai kepentingan vaksin HPV telah mula meningkat. Bagi wanita yang telah berkahwin dan aktif secara seksual, mereka pula digalakkan untuk melakukan pemeriksaan Pap smear dan ujian IVA secara berkala.

Selain vaksin dan pemeriksaan berjadual, cara lebih mudah yang boleh dilakukan oleh wanita adalah rajin mencuci tangan dan menjaga pemakanan. Wanita digalakan untuk mengambil makanan dengan diet yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi serat yang banyak.

Menurut pelbagai sumber, berikut merupakan dua jenis makanan yang boleh menjadi penyebab berlakunya kanser serviks jika dimakan dengan kerap.

Makanan yang Mengandungi Aflatoxin
Satu kajian dari Maxico mengatakan yang aflaktoxin adalah salah satu faktor terjadinya kanser serviks. Itu kerana, penyelidik telah menemui molekul aflatoxin di dalam tisu sel wanita yang telah terkena kanser serviks. Aflotoxin itu boleh ditemui pada dada ayam, rusuk, hati dan juga telur (kuning dan putih).

Namun, aflatoxin ditemui pada makanan yang telah tercemar. Oleh itu, penyelidik mencadangkan supaya menyimpan makanan dengan cara yang betul supaya penghasilan toksin itu boleh dikawal. Dan, jangan lupa untuk memakan banyak makanan yang mengandungi antioxidant.

Makanan yang Mengandungi Lemak Tepu dan Acrylamide
Makanan yang mengandungi kedua zat berikut seperti kerepek kentang, kentang goreng, serta makanan segera boleh menyumbang kepada perkembangan kanser. Lemak tepu dan acrylamide juga boleh menyebabkan obesiti yang boleh meningkatkan risiko berlakunya kanser.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *