Motosikal Yamaha RXZ Yang Memang Legend Dan Diminati Ramai Dilelong Tetapi Harga Yang Dilelong Buat Ramai Tidak Puas Hati Dalam Acara Lelong Tersebut.
RXZ sememangnya popular di Malaysia dan ianya menyebabkan nilai motosikal tersebut telah pun meningkat secara mendadak menkipu ianya cuma motosikal biasa dan tidaklah motosikal ‘rare’ sepertimana yang di claim oleh ramai peminat motosikal tersebut .
Akibat dari penamatan motosikal RXZ, harga harga barangan dan juga motosikal tersebut sendiri meningkat sehingga 3 atau 3 kali ganda dari harga asal.
Akibat dari harga jentera ini yang kian meningkat , makin ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk menjual dengan harga yang mahal dan mengambil keuntungan dari keadaan tersebut dengan membeli dan menjual semula dengan harga yang lebih mahal .
Pernah juga viral RXZ tahun 200 yang tidak pernah digunakan dan diregister dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu 65 ribu ringgit. Coverset RXZ juga pernah viral dijual dengan harga 21 ribu ringgit dengan kondisi cemerlang.
Akibat dari harga yang tidak masuk akal ini ramai yang mengecam harga dan peminat RXZ yang agak terlalu taksub dengan jentera mereka . Namun viral di media sosial kelmarin video menujukkan sebuah RXZ di lelong di sebuah tempat dan harga dibuka serendah RM300. Harga tersebut adalah agak rendah dan ramai mengambil peluang untuk memenangi bidaan RXZ tersebut.
Namun video tersebut viral kerana ramai netizen yang mengecam pengurusan bidaan tersebut yang seolah olah berpakat lebih awal untuk menjual RXZ tersebut dengan harga yang mahal. Sebaik sahaja harga RXZ tersebut dibuka pada RM300 , seorang lelaki terus membuat bidaan RM5000 dan netizen menuduh bahawa ianya merupakan bidaan yang dirancang. Walaubagaimanapun dikatakan bahawa RXZ tersebut akhirnya dijual dengan harga RM7800
Video Acara Lelong Di jalankan:
SUMBER : Alert TV Malaysia