Video Nahas Akibat Sikap Pemandu MPV Tak Sabar Nak ‘Potong’ Lori Di Hadapan

Video Nahas Akibat Sikap Pemandu MPV Tak Sabar Nak ‘Potong’ Lori Di Hadapan. Semuanya sepatutnya telah dipelajari ketika mengambil kelas memandu. Namun sikap segelintir pemandu di Malaysia yang gemar mengingkari peraturan jalan raya membawa bencana kepada diri sendiri dan orang lain.

SAJAHEBOH.COM - Video Nahas Akibat Sikap Pemandu MPV Tak Sabar Nak ‘Potong’ Lori Di HadapanTular di media sosial sebuah klip video yang menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda dengan kereta pelbagai guna (MPV).

Kemalangan berlaku di Ranau, Sabah di sebatang jalan yang berliku. Berdasarkan video, jelas menunjukkan pemandu kereta pacuan empat roda berkenaan tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar.

Tindakan berbahaya itu mengundang padah apabila sebuah kereta MPV yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

SAJAHEBOH.COM - Video Nahas Akibat Sikap Pemandu MPV Tak Sabar Nak ‘Potong’ Lori Di HadapanKebanyakan komen mengecam tindakan pemandu pacuan empat roda kerana memotong garisan berkembar sehingga menyusahkan pemandu lain.

“Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dan gantung lesen pemandu tak guna ini. Dah jelas dan terang jalan itu ada double line tak boleh memotong, dia degil dan potong juga. Potong kat selekoh plak tu,” kata Araish.

“Ini namanya kereta besar tapi otak pemandu kecik atau otaknya letak di lutut. Kasihan orang lain menjadi mangsa keadaan,” kata Fatty.

Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana kesalahan memotong di garisan berkembar.

Berhati-hatilah sentiasa ketika memandu di jalan raya dan hormatilah sesama kita.

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *