Ustaz Dan Isteri Menunggu Makanan Terlalu Lama. Akhirnya Mereka Buat Keputusan Untuk Tengok Apa Berlaku Di Dapur Restoran. Lazimnya bila tiba musim perayaan terutama musim Hari Raya Aidilfitri kebanyakkan kedai makan yang menyambut Aidilfitri akan tutup.
Memang sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia bila tiba Syawal memang amat susah untuk mencari kedai makan kecuali Restoran Fast Food seperti McD, KFC dan lain-lain.
Sekiranya ada restoran masakan melayu yang buka atau restoran mamak yang buka pada hari raya memang wajib kedai itu penuh. Ramai yang mencari nasi sebab sudah muak makan rendang, lemang dan ketupat.
Kisah ustaz dan isteri ini mendapat perhatian apabila mereka berhenti rehat untuk makan di salah sebuah restoren terletak di Manjung, Perak. Kelihatan ramai pelanggan di dalam kedai itu dan boleh dikatakan full house tetapi yang pelik ramai pelanggan masih tidak terima makanan.
Mereka menunggu lama untuk makanan mereka tiba dan apabila sudah menjadi terlalu lama Ustaz dan isteri beliau buat keputusan untuk pergi melihat apa terjadi di dapur.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat restoren itu hanya mempunyai seorang sahaja tukang masak dan pesanan makanan makin bertimbun. Disebabkan anak ustaz ini sudah mula merengek dan menangis mereka buat satu keputusan yang amat jarang dibuat orang.
Isteri ustaz tersebut mengambil keputusan untuk tolong masak di dapur. Memang tukang masak itu tidak sangka bahawa isteri Ustaz itu sanggup untuk menolong mereka. Di dalam video kelihatan isteri ustaz itu memasak untuk meringankan sedikit beban kepada tukang masak restoran itu.
Ustaz tersebut walaubagaimana pun tidak memasak tetapi beliau mengambil pesanan dan menolong menhantar makanan.
Dapat Diskaun Ke Makan Situ Sebab Dah Tolong?
Menurut ustaz tersebut, makanan yang mereka sendiri pesan dan makan diberi percuma 100%.
Masy’Allah, bayangkan kedai penuh dengan pelanggan dan tindakan suami isteri ini bukan memarahi pekerja disitu tetapi melihat apa kah masalah dan mereka lantas bantu. Admin rasa jika terkena pada orang lain mesti mereka akan marah dulu kenapa makanan mereka lambat sampai.
Jadikan kisah suami isteri ini sebagai pedoman hidup anda. Jika kita tidak tahu janganlah cepat menghukum. Jika kita boleh bantu tidak salah untuk kita bantu. Rezeki keluarga ustaz ini makan percuma dan dapat 1 pengalaman Hari Raya yang tidak akan dilupakan.
Berhenti mkn di kedai tomyam di Manjung, Perak.. Dah sejam lebih xdapat2 mkn lg.. Ramai customer menunggu.. Lg2 time…
Posted by Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin on Sunday, 17 June 2018
Sumber: Lubokviral