‘Tolong Lepaskan Saya!’ – Pencuri ‘Melekat’ Di Bumbung, Gagal Larikan Diri. Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk, gagal melarikan diri dek ‘melekat’ di bumbung rumah berkenaan.

“Dengar cerita dari adik tuan rumah itu, rumah abangnya itu dipasang pendinding ayat suci Al-Quran. Hari ini baru kami dapat video hari kejadian,” kata sumber.
Dalam video itu, suspek yang berbaju merah dipercayai warga asing dilihat berbaring di hujung bumbung dan meminta tolong orang ramai melepaskan dirinya.
“Tolong lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Saya sangkut!” katanya.
VIDEO:
Suspek pencuri kemudian diturunkan dari bumbung rumah tersebut dengan bantuan anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.