Tindakan Penunggang Motosikal Tendang Side Mirror Kereta Yang Gunakan Laluan Kecemasan Adalah Satu Kesalahan

Tindakan Penunggang Motosikal Tendang Side Mirror Kereta Yang Gunakan Laluan Kecemasan Adalah Satu Kesalahan.

Penunggang motosikal yang mengambil tindakan undang-undang sendiri seperti merosakkan ‘side mirror’ kereta yang menggunakan laluan kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, tindakan berkenaan merupakan satu kesalahan, tidak kira walaupun dengan niat mereka untuk sebagai pengajaran kepada pemandu itu dari menggunakan laluan kecemasan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada video yang menjadi viral di laman sosial di mana penunggang motosikal menerajang patah cermin sisi kereta yang menggunakan laluan kecemasan semasa berlaku kesesakan lalu lintas.

Mohd Nadzri dalam pada itu menegaskan bahawa penunggang motosikal terbabit bukan sahaja telah melakukan kesalahan khianat, mereka sebenarnya melakukan dua kesalahan kerana turut menyalahgunakan lorong kecemasan.

“Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal,” katanya.

Video berkenaan menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen menyokong tindakan berkenaan untuk ‘mengajar’ sesetangah pemandu supaya tidak mementingkan diri sendiri.

Sumber: Siakapkeli

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *