Tips Nak Bibir Merah Semulajadi, Gunakan 3 Bahan Ini Saja. Setiap wanita pasti berasa beruntung jika memiliki bibir berwarna merah-kemerahan semulajadi.

Pun begitu, pelbagai faktor telah menyebabkan bibir seorang wanita boleh menjadi gelap dan lebam. Misalnya kesan daripada kerap memakai lipstik, kurang minum air, terdedah dengan cahaya matahari dan pelbagai sebab lainnya.
Bagi mengembalikan semula rona bibir merah sihat semulajadi, ada baiknya anda usahakan dengan menggunakan scrub bibir yang boleh dihasilkan sendiri. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Fahaniza di dalam akaun facebooknya. Jom semak!
“Bibir dah kusam kan,ye la segala mak nenek lipstik kita dah letak ni.Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu.Kesian bibir jangan pulak pegi kopek.Kang bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangan guna 3 bahan je.”–Fahaniza
Lips Scrub
Bahan-bahan:1 sudu gula, 1 sudu serbuk kayu manis & 1 sudu minyak zaitun
*Kalau tak da olive oil boleh gantikan dengan madu tak pun minyak kelapa dara.
Cara penyediaan:
Kacau rata semua bahan.
Ini pula rakaman video special daripada Puan Fahaniza untuk anda.
Sumber : Keluarga