Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Dalam Sebulan, Apa Akan Berlaku?

 Apa Akan Berlaku Kalau Kita Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Dalam Sebulan? Satu hari yang letih dan saya bertanya kepada diri sendiri “Apa yang dilakukan oleh wanita jepun untuk dapat kulit yang cantik agaknya?”

SAJAHEBOH.COM - Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Dalam Sebulan, Apa Akan Berlaku?Setelah buat sikit penyelidikan, saya mengetahui tentang mereka suka minum air putih atau air kosong pada perut kosong selepas bangun pagi.

Banyak kajian yang mengatakan, amalan mudah ini memberikan hasil positif mengenai keadaan
kesihatan yang berbeza. Jadi saya memutuskan untuk mencubanya, dan hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca.

Saya tidak lagi tahu apa yang perlu dilakukan untuk berasa lebih bertenaga. Pada sebelum ini badan, kulit saya kelihatan lesu dan nampak kurang sihat. Bosan dengan nasihat doktor yang sering memberitahu saya perkara yang sama dan beri saya lebih banyak pil untuk dimakan. Saya cuba tanya tentang rawatan air dan tidak lama kemudian saya terus praktikkan. Hasilnya sangat mengejutkan!

1. Saya mula berasa lebih segar dan sihat.
Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, saya mula rasa badan lebih ringan dan badan saya mudah untuk buang air pada waktu pagi

2. Metabolisme saya bertambah baik.
Amalam ini menjadikan diet saya lebih baik. Saya tidak lagi rasa selalu lapar yang ganggu setiap jam untuk saya makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan yang best saya lebih banyak tenaga.

3.Ia bantu kurangkan berat badan.
Disamping kurang rasa lapar, penghadaman saya turut lancar dan rasa badan lebih ringan.
Disamping itu, mempunyai tenaga yang lebih banyak kepada saya untuk buat apa kerja pun.

4. Sebelum ini rasa selalu rasa senak dan pedih ulu hati.
Tapi selepas saya amalkan minum air kosong diwaktu pagi, sakit itu hilang dan saya tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan makanan.

5.Perubahan kulit bertambah baik.
Saya tidak berbohong. Biasanya orang akan beritahu saya kelihatan lebih tua dari umur saya. Sejak saya mulakan terapi air ini, kedutan di wajah saya berkurangan dan sekarang kulit saya kelihatan sihat, berseri dan bercahaya

6. Saya mudah buang air besar setiap hari pada waktu pagi
Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain. Pada ketika ini, kejayaan itu amat membanggakan, dan saya tidak lagi selalu sakit.

7. Tidak sakit untuk masa yang lama.
Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan saya. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi bantu saya tangani penyakit tanpa perlu ambil ubat.

Bagaimana anda juga boleh dapat manfaat ini?
Ikuti kaedah ini untuk merasa bertenaga sepanjang hari:
– Minum 4 gelas air putih selepas anda bangun pagi untuk solat sebelum gosok gigi dan pastikan perut kosong. Sekiranya anda susah nak mula dengan 4 gelas air, mula dengan satu cawan dahulu dan tingkatkan mengikut masa ke semasa.
– Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air
– Selepas 45 minit anda boleh dapatkan breakfast
– Jangan makan atau minum apa-apa selepas 2 jam selepas sarapan, makan petang dan makan malam.

Bila boleh nampak hasilnya ?
– Pesakit diabetes atau hypertension: 30 Hari
– Pesakit sembelit dan gastrik: 10 Hari
– Pesakit TB: 90 Hari

source: nakbebel

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *