‘Tak Pernah Tengok Ular Senduk Besar Macam Ni, Nasib Tak Kena Patuk..’ Anggota Bomba Berjaya Tangkap Ular ’S’ Dalam Rumah

KOTA BHARU: Panggilan kecemasan mengenai ancaman ular berbisa, menyebabkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh di sini, bergegas ke Kampung Chica, Kubang Kerian, malam tadi.sajaheboh.com - ‘Tak Pernah Tengok Ular Senduk Besar Macam Ni, Nasib Tak Kena Patuk..’  Anggota Bomba Berjaya Tangkap Ular ’S’ Dalam Rumah

Namun, situasi cemas itu bertukar lucu sejurus mereka tiba di lokasi apabila mendapati ‘ular’ itu hanyalah plastik huruf berbentuk S.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Taraf Mohamad, berkata pihaknya dimaklumkan keluarga itu ketakutan apabila melihat ‘seekor’ ular melengkar pada langsir kediaman mereka yang disedari ahli keluarga.

Beliau berkata, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba anggotanya sudah terlihat kelibat ‘ular’ berkenaan.

sajaheboh.com - ‘Tak Pernah Tengok Ular Senduk Besar Macam Ni, Nasib Tak Kena Patuk..’  Anggota Bomba Berjaya Tangkap Ular ’S’ Dalam Rumah

“Anggota saya perasaan itu bukan ular, sebaliknya plastik huruf berbentuk S yang berwarna hitam.

sajaheboh.com - ‘Tak Pernah Tengok Ular Senduk Besar Macam Ni, Nasib Tak Kena Patuk..’  Anggota Bomba Berjaya Tangkap Ular ’S’ Dalam Rumah
Lain macam bentuk ‘ular senduk’ ni

“Anggota saya bertanyakan di mana ular itu, dan mereka menunjukkan ke arah plastik huruf itu, kemudian anggota saya ‘menangkap’ ular itu dan mereka ketawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keluarga berkenaan hanya mampu ketawa dan memohon maaf kepada anggota bomba kerana terlalu panik dan terus menelefon bomba selepas menyangka plastik itu adalah haiwan berbisa.

sajaheboh.com - ‘Tak Pernah Tengok Ular Senduk Besar Macam Ni, Nasib Tak Kena Patuk..’  Anggota Bomba Berjaya Tangkap Ular ’S’ Dalam Rumah

 

Katanya, bagaimanapun anggotanya menerangkan kepada penghuni rumah berkenaan yang sudah menjadi tanggungjawab mereka melaksanakan tugas menyelamat, sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Anggota memberitahu adalah lebih baik mereka beringat dengan terus menelefon bomba jika terlihat kelibat haiwan berbisa seperti ular bagi menjaga keselamatan keluarga,” katanya.

 

Katanya, sejak bertugas di balai berkenaan, itu kejadian pertama kali yang melucukan membabitkan panggilan tentang menangkap ular.

Sementara itu, dalam laman sosial Facebook, kisah ‘ular’ dan bomba itu mendapat 5.5 ribu tanda suka, 292 komen dan 8.4 ribu perkongsian sejak dimuat naik pemilik akaun bernama ‘Pakdo Mat’ pada jam 11.18 malam.

sajaheboh.com - ‘Tak Pernah Tengok Ular Senduk Besar Macam Ni, Nasib Tak Kena Patuk..’  Anggota Bomba Berjaya Tangkap Ular ’S’ Dalam Rumah

 

#Sabor je la😓
Terima panggilan kecemasan ada ular senduk di dalam rumah . Cepat-cepat pergi untuk tangkap. Bila sampai je nasib tak kena patuk dan sempat tangkap ular tersebut . Tak pernah tengok lagi ular senduk besar macam ni. Besar sangat ular senduk dia ,tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab kita . 😅🤣

Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian dan menganggap itu asam garam bomba yang sedia bertugas menerima apa juga panggilan kecemasan termasuk berhadapan dengan kejadian lucu seperti ‘ular’ berbentuk S.

Kredit: Berita Harian, Pakdo Mat

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *