Tahan Lapar Sembunyi Di Bumbung Dan Minum Air Tangki Selepas Mencuri Motosikal

Seorang remaja dari Madura sanggup bersembunyi seharian di atas bumbung rumah dan berlapar bagi mengelak dirinya dicekup polis. Remaja itu diburu kerana menjadi seorang daripada tiga suspek kes curi motosikal di sini.Curi Motosikal, Remaja Sanggup Berlapar Sembunyi Di Bumbung Rumah Dan Minum Air Tangki

Tribunnews melaporkan sepanjang tempoh itu, pemuda terbabit bertahan dengan meminum air dari tangki. Dia bersembunyi di atap bumbung rumah seorang penduduk kerana terdesak dan menyelamatkan diri selepas terpisah dengan dua lagi rakannya.

“Saya berada di atas bumbung seharian iaitu dari pagi sehingga waktu Subuh hari berikutnya.

“Selepas berasa selamat, saya keluar daripada tempat persembunyian dan bertemu dengan seorang pemancing.

“Saya minta pertolongannya untuk menghantar ke Kenjeran kemudian pergi ke rumah ibu saudara di Tambak Mayor.

“Namun, ia hanya seketika bagi memintanya wang tambang bas untuk pulang ke Sampang,” katanya.

Pemuda itu, bagaimanapun tidak terus pulang ke rumahnya, tetapi bersembunyi di kediaman teman sekampung dekat Tembelangan, Sampang, Madura.

Namun, remaja terbabit akhirnya ditangkap juga selepas 20 hari melarikan diri daripada polis.

Curi Motosikal, Remaja Sanggup Berlapar Sembunyi Di Bumbung Rumah Dan Minum Air Tangki
Gambar Hiasan

Ia susulan penahanan seorang rakannya.

Jurucakap Polis Sukolilo, Zainul Abidin berkata, suspek mempunyai tiga rekod jenayah. Katanya, setakat ini, dia dan rakannya sudah ditahan, manakala seorang lagi masih diburu.

“Suspek pernah ditahan kerana terbabit dalam kes penagihan dadah sebelum dimasukkan ke pusat rehabilitasi selama enam bulan.

“Dia juga tidak bersekolah dan tiada pekerjaan tetap.

“Kes masih dalam siasatan dan kami akan merujuk dengan jabatan kebajikan kerana suspek masih di bawah umur,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *