“Saya Cantik. Tapi Kenapa Suami Masih Cari Wanita Lain? Apa Salah Saya? – Isteri Bingung

“Saya Cantik. Tapi Kenapa Suami Masih Cari Wanita Lain? Apa Salah Saya? – Isteri Bingung. Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering dianggap remeh oleh isteri-isteri tetapi sangat besar bagi suami.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong! Kedua: Jika menolak untuk bersama suami, atas sebab yang patut, jangan lupa ganti balik seberapa segera yang boleh. Tolong!

Awak pandai masak?

Bab makan ini, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.Tapi bila suami mahu makan, Si isteri boleh pulak buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan:

“Saya dah siapkan semua makanan kat dapur, tapi selera makan saya pulak takde, jadi saya mahu berehat sekejap, abang makan soranglah ya”

Lalu makanlah si suami seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat bahaya. Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!

Maka dengan ini, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah:

Kau selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Para isteri sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tetapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, phone seks dengan wanita lain, WeChat, Whatsapp dengan orang lain dan selepas itu bercerai berailah.

Layan suami makan, ada disebut di dalam hadis dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para Nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami anda semua makan seorang diri bersama syaitan, jika tidak mahu syaiitan menghasut suami anda mengayat perempuan lain dan ceraikan anda di kemudian hari, jangan!

Masih ingat lagi tidak? Perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan kerana pada awal perkahwinan suami pun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tetapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan.

Apa lagi nak di kata? Saya ada kenal seorang pakcik yang mana isterinya sangat huduh! Tidak lawa langsung, bermulut laser, perangai boleh tahan cerewetnya, tetapi pakcik ni bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas dikorek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?

Jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis.

Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup. Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian, ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan,b erbicaralah apa-apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang agama, tapi jika kurang minat berkaitan agama, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain dan jika tiada selera nak serta makan sekali dengan suami, jamahlah jua walaupun sesuap nasi.

Membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar daan akibatnya, rumah tangga menjadi panas dan bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga diganggu syaitan

Sebab kenapa suami cari wanita lain walaupun sudah ada isteri cantik

Eh abang, saya penatlah…

Baik, tadi itu bab teman makan, sekarang ini kita masuk bab teman tidur. Menolak ajak suami untuk bersama dan suami diam saja. Mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa-apa, tetapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik ke kepala dan meleleh keluar melalui telinga.

Benda ini bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersama dari suami. Terdapat hadis yang mengatakan malaikat akan melaknak sampai ke Subuh sekiranya menolak ajakan suami. Suatu hadis lagi, jika suami ajak bersentuh atas punggung unta sekalipun, tetap tidak boleh menolah.

Tidak perlu saya ceritakan dengan panjang lebar bab ini. Semua oran gfaham tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. Nasihat saya, sekiranya suami ajak bersama, dan andai kata anda terpaksa menolak di atas sebab yang patut seperti demam, pening kepala atau lain-lain, jangan dilupa untuk digantik balik seberapa segera yang mungkin bila sudah kembali pulih dari semua itu, kalau boleh berikan alasan seperti di bawah:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersama”

Ya Allah, kau tau tak, betapa cair dan berbunganya hati lelaki bergelar suami bila dengar kata-kata begini dari mulut isteri. InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Sekian.

Source: BlogMazeer

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *