‘Orang Ketiga’ Perosak Rumah Tangga Boleh Didakwa Dan Dipenjara – WAJIB TAHU! Orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan rumah tangga pasanagan suami isteri sehingga membawa perceraian boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia satu kesalahan jenayah.
Statistik penceraian meningkat setiap tahun dan sebahagian daripadanya adalah berpunca daripada orang ketiga.
“Undang-undang ini sudah ada tetapi tidak dikuatkuasakan.
Mungkin orang awam tidak tahu mengenai undang-undang itu atau bukti yang lemah menyebabkan pendakwaan tidak dapat diteruskan,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.
Tambahnya lagi, orang ketiga ini terdiri daripada sesiapa saja yang bertanggungjawab meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga.
Pihak yang menjadi mangsa perlu menyimpan dan menyerahkan apa saja bukti seperti SMS, sebarang kiriman pesanan sama ada melalui telefon, laman sosial, bukti bergambar kepada pihak penguatkuasa agama untuk siasatan.
Mengikut Seksyen 36, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, ‘orang ketiga’ tersebut boleh dipenjara tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.