Salahkah Saya Mencintai Suami Orang Lain

 Salahkah Saya Mencintai Suami Orang Lain? Bagi ramai wanita. mungkin satu soalan yang layak dapat penyepak. namun, memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin, dari apa yang diajukan, wanita berkenaan meminta pendapat dari pengguna maya yang mempunyai pengalaman berkaitan poligami. Meskipun dia akui kebanyakan respon yang diberikan adalah negatif.

Salahkah Saya Mencintai Suami Orang Lain

“Salam admin, mohon rahsiakan identiti saya. Saya nak tanya pendapat admin mahupun rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.

“Berkaitan dengan soal poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.

“Perkenalan kami baru berusia dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

“Dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sangat sarat mengandung.

“Pertanyaan saya, jika saya meneruskan hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita. Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

“Jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf,”

Dalam ruangan komen di Page Pesona Pengantin, salah satu komen telah mendapat perhatian netizen, komen tersebut yang dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita dalam dilema tersebut.

“Saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan pendapat. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

“Dari pandangan saya, dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama sebab apakah alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak?

“Kedua, mengapa hubungan itu sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?

“Ketiga, mampu bukan setakat mencampak duit bagi anak dan melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?

“Keempat, kalau dia menjalankan perintah Allah, tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor babi? Bohonglah kalau tidak pernah berjumpa kan?

“Kelima, awak terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti? Mampu nak tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.

“Banyak lagi soalan-soalan yang saya nak tanya. Lelaki itu poyo kalau dia berkata yang dia mampu. Sebab ada GST pun sudah pasti dia memekak tidak setuju. Senang cerita, tak payahlah mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian,”

Persoalan disini, adakah wanita tersebut patut atau tidak untuk meneruskan hubungannya dengan lelaki yang statusnya suami orang?

Ada sesetengah pendapat mengatakan lebih baik teruskan hubungan itu dengan suatu ikatan yang halal, tapi ada juga yang berpendapat lebih baik wanita itu undur diri dan carilah lelaki yang selayaknya untuk dia jadikan teman hidup dan bukannya suami orang.

Ia memang sangat-sangat subjektif bukan?

Benar juga kata saudara Deano, mungkin satu hari nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yang sama kepada wanita ini untuk berpoligami setelah mereka berumahtangga. [ Baca juga: Salahkah Saya Hamilkan Anak Tunang Orang Lain ]

Facebook Comments Box

8 Replies to “Salahkah Saya Mencintai Suami Orang Lain

  1. Saya adalah isteri org yang mana suami saya juga telah menjalinkan hubungan rahsia dibelakang saya. Kami telah menikah selama 32 tahun, masingx dah berumur, dah ada cucu tapi suami saya berkehendakan perempuan yang lebih muda, lebih mewah dan berkerjaya berjaya pulak tu. Saya pernah bertanyakan suami saya kenapa setelah sekian lama kami bernikah, akhirnya suami saya nk kawin lain, apa akan terjadi dengan kehidupan yang kami bina selama ini, jawapan suami amat mengejutkan saya, kata nya perempuan tu, telah lama menjanda dan suami saya tergoda dengan pujuk rayunya selama ini. Kenal cuma dari hanya berwaksup saja, sehingga suami saya sanggup meruntuhkan rumahtangga yang kami bina selama 32 tahun ni, tolonglah dik, janganlah kawin dengan laki orang, biarlah hati dik aje yang terluka, jangan dilukakan hati isteri, anakx dan cucu suami saya. Saya pohon kat luar sana dengarlah ceramah ustaz, bacalah buku ugama banyakx, disitu ada dinyatakan haram dan berdosa besar mengambil hak orang, kita hidup didunia ni hanya sementara, yang kekal adalah akhirat, takkan kita nak duduk dalam neraka selama nya…

    1. Maaf, komen mama Mimi tu salah. Mana ada istilah ambil hak org. Kongsi bersama. Kalau haram mengapa poligami di bolahkan dalam Islam. Assalam. Tq

  2. Jangan tya manusia. Tanya Allah dgn solat Istigqarah itu lah jawapan paling tempat. Tya manusia ada yg jwb baik dan ada yg jwb x baik. Kalau x bercinta dgn suami org x da lah poligami, sedangkan poligami tu dibolehkan dalam Islam. Tepuk Dada tya imam dgn moment sy. Assalam n tq

  3. err puan..tp beliau tidak rampas…cuma kongsi..salah ke “sharing is caring”

    Pastu kalu kawin pun Suami pun still puan punya je…bukan ke?

  4. betul tu.. rata2 semua memberi pandangan yang negatif.. tiada istilah suami curang.. istilah curang hanya kepada wanita.. poligami dibenarkan dalam islam.. kenape harus takut kehilangan hak (suami) sedangkan poligami itu sendiri dicipta bg mengelakkan suami melakukan zina.. kalau izinkan suami berkahwin 1 lagi.. mungkin rumahtangga anda dapat diselamatkan.. berlaku adil dan jujur adalah penting..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *