Rimas Banyak Sangat Cicak Di Rumah, Ini Cara Elakkan Cicak Masuk Ke Rumah Anda

Anda Rasa Rimas Banyak Sangat Cicak Di Rumah Tak, Ini Cara Untuk Menghalau Dan Elakkan Cicak Masuk Ke Rumah Anda. Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan haiwan peliharaan.

SAJAHEBOH.COM - Rimas Banyak Sangat Cicak Di Rumah, Ini Cara Elakkan Cicak Masuk Ke Rumah AndaIni kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.

Jadi bagaimana nak elakkan cicak dari masuk dalam rumah? Tengok caranysa di bawah ini:

1. Serbuk kopi

Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2. Bawang putih

Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.

3. Bawang besar

Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4. Cili kering

Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.

5. Bela Kucing

Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!

6. Kulit Telur Ayam

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

7. Lada Hitam

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray. Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah. Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

8. Air dan Cili Api

Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *