Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Lepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat

Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Lepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat. Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan.

Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman wanita terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.

Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Resipi minuman ini VK petik daripada Facebook Nurul Diana yang juga Pemilik & Pengasas Dian Legacy.

Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.

Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.  [Sajaheboh.com ] Cara untuk membuatnya juga mudah.

Bahan bahannya ialah:

  • 2sm halia
  • 2sm kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • Gula batu atau madu
    *mengikut citarasa

Cara buatnya:

1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.

2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.

3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.

Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)

Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih

Air jamu ni baik untuk:

Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. [Sajaheboh.com] Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

Sekian.

Source: rasa.my

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *