Rahsia Kekal Sihat Di Usia 90-an, Tun Mahathir Kongsi Beberapa Tips Daripada Ibunya

Rahsia Kekal Sihat Di Usia 90-an, Tun Mahathir Kongsi Beberapa Tips Daripada Ibunya. Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja menjadi idola rakyat Malaysia, malah namanya juga menjadi sebutan-sebutan media diluar negara.

SAJAHEBOH.COM - Rahsia Kekal Sihat Di Usia 90-an, Tun Mahathir Kongsi Beberapa Tips Daripada IbunyaRata-rata bertanya apakah rahsia Tun M masih kekal bertenaga dan sihat ketika umurnya sudah mencecah 90-an, Melalui temuramah bersama The Straits Times, ini jawapan mudah Tun M dan mungkin kita boleh ikuti!

“Perkara paling penting, jangan terlebih makan! Ini kerana apabila seseorang itu sudah menjadi gemuk, dia pasti akan susah untuk kurus semula.

SAJAHEBOH.COM - Rahsia Kekal Sihat Di Usia 90-an, Tun Mahathir Kongsi Beberapa Tips Daripada Ibunya

“Ini pesanan yang sering ibu saya ingatkan, jika masakan itu sedap, berhenti!

Memang susah untuk disiplinkan diri. Apabila belajar dalam bidang perubatan saya sedar nasihat itu sangat bagus dan berguna kerana apabila kita terlebih makan, perut akan semakin mengembang dan jika dibuat terlalu kerap, ia akan menyebabkan perut menjadi semakin besar dan apabila tidak makan secukupnya, akan lapar semula dan kita akan ulangi lagi dan lagi, lama kelamaan kita akan semakin gemuk.

SAJAHEBOH.COM - Rahsia Kekal Sihat Di Usia 90-an, Tun Mahathir Kongsi Beberapa Tips Daripada Ibunya

“Ramai orang suka nikmati makanan mereka, tetapi saya sangat menjaga disiplin saya,” katanya di dalam video berdurasi 1 minit.

Bukan itu sahaja sebenarnya, apa yang netizen sedar sebenarnya Tun M juga sentiasa mengamalkan kehidupan yang sihat dengan bersenam setiap pagi.

Seperti yang semua tahu baru-baru ini setelah selesai angkat sumpah, keesokan paginya Tun M telah dijumpai sedang berbasikal di kawasan perumahannya.

SAJAHEBOH.COM - Rahsia Kekal Sihat Di Usia 90-an, Tun Mahathir Kongsi Beberapa Tips Daripada Ibunya

Nampak tak bagaimana Tun M mengekalkan stamina setiap hari?

Hmmm so maybe lepas ni kita boleh tukar gaya kehidupan kita mengikut seperti apa yang Tun M sering lakukan mana tahu menjadi!

.

Anda mungkin juga berminat dengan kisah cinta Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang kekal bahagia hingga sekarang.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *