Petua Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dengan Bahan Semulajadi

Petua Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dengan Bahan Semulajadi. Setiap orang pasti pernah ada jerawat di wajah dia even mereka yang anda lihat mempunyai kulit licin bersih dan flawless itu juga tidak terkecuali.

SAJAHEBOH.COM - Petua Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dengan Bahan SemulajadiJerawat kalau dibiarkan begitu sahaja lama-kelamaan boleh meninggalkan bekas atau parut pada wajah kita.

Oleh itu, mari kita cuba beberapa petua hilangkan bekas jerawat yang boleh dilakukan sendiri di rumah yang bahannya terdiri daripada bahan semulajadi dan mudah didapati di rumah kita. [Sajaheboh.com] Jom tengok beberapa petua hilangkan bekas jerawat seperti yang dikongsikan oleh Siraplimau.com di bawah ini:

1. Aloe Vera
Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.

Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.

Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.

2. Soda Penaik
‘Baking soda’ atau soda penaik ini terkenal dengan bahan 1001 kegunaan, termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat.

Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Caranya, campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dengan air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

3. Timun
Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata saja kan?

Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.

SAJAHEBOH.COM - Petua Hilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dengan Bahan Semulajadi

4. Madu Asli
Madu asli adalah satu lagi pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.

Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.

Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.

Pastikan ia adalah madu lebah asli

5. Minyak Zaitun
Minyak zaitun adalah bahan mesra-kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan.

Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.

6. Tomato
Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan hingga bersih.

Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk kesan yang tidak kurang hebatnya.

7. Cuka Epal
Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam.

Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaannya!

Jangan ‘Gatal Tangan’ Mengusik Jerawat
Hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat. Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Maka, lebih banyak bakteria akan hinggap dan menjadikan keadaan lebih buruk.

Pastikan juga anda selalu mencuci muka dengan air bersih dan elakkan bertukar-tukar produk terlalu kerap.

Anda boleh cuba sendiri petua diatas dan tengok juga petua hilangkan parut jerawat yang pernah kami kongsikan dulu.

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.