Petua Cara Dapatkan Kulit Wajah Putih Gebu

Adakah anda ingin tahu tips Petua Cara Dapatkan Kulit Wajah Putih Gebu ? Pasti ramai yang mahu memiliki kulit muka yang putih gebu sejak dari zaman dahulu hinggalah ke zaman sekarang ini.

Ketika ini, kalau kita tengok memang berlambak produk-produk kecantikan atau peralatan kosmetik yang dijual di pasaran termasuk juga yang dijual secara meluas di social media seperti facebook dan instagram.

Walaubagaimanapun, selain daripada produk kecantikan tersebut, kita juga tetap masih boleh menggunakan petua orang lama untuk menjadikan kulit gebu dan putih. malah kadang-kadang petua orang zaman dahulu adalah lebih berkesan dan mujarab berbanding kebayakan produk-produk yang terdapat di pasaran.

(1) Petua Gebukan Kulit Wajah Dengan Putih Telur
Ambil sebiji ayam dan pecahkan untuk asingkan putih telur dan kuning telur. Gunakan putih telur tadi dan sapukan ke seluruh permukaan wajah anda. Anda perlu biarkan dalam 20-30 minit sebelum mencuci muka anda dengan air bersih. Cara ini sesuai diamalkan jika anda seorang yang boleh tahan dengan bau telur dan kena amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya. Khasiat telur ayam juga banyak kegunaan lain kepada kesihatan kita.

(2) Petua Gebukan Kulit Muka Dengan Beras Pulut
Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kuning dan kisarkan sampai halus.
Kemudian campurkan dengan air perahan limau dan madu.
Gaulkan atau kacau sehingga sebati dan rata.
Sapukan campuran bahan tersebut di seluruh muka anda dan biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum mencucinya dengan air suam.
Amalakan selalu dan anda akan dapat melihat perubahan selepas 2,3 minggu.

(3) Petua Gebukan Kulit Wajah Dengan Air Susu
Sediakan air susu dengan air panas dan biarkan sehingga suam. Kemudian sapukan ke wajah anda dan biarkan dalam 10-15 minit atau sehingga kering. Selepas itu, anda boleh bilas muka anda dengan air suam. Amalkan sekurang-kurangnya 3,4 kali seminggu untuk melihat hasilnya kulit muka cerah dan gebu.

(4) Tips Gebukan Kulit Wajah Dengan Tomato
Tahukah anda gelatin pada tomato adalah bahan yang berkesan dan sesuai untuk menghilangkan parut? Tomato juga boleh digukan untuk menggebukan kulit wajah kita. Sediakan dan parut tomato yang sudah masak. Selepas itu, sapukan di permukaaan kulit wajah anda dengan slow-slow dan kemudian biarkan dalam 20-30 minit sebelum cuci wajah anda dengn air bersih.

(5) Tips Petua Kulit Gebu Dengan Betik
Buah betik selain daripada sedap untuk dimakan, ia juga boleh digunakan untuk menyerikan kulit wajah kita. Tahukah anda bahawa buah betik mengandungi enzim yang dapat membantu tubuh kita membuang sel-sel mati dan juga benda asing atau kotoran pada kulit? Dari segi kecantikan, buah betik boleh digunakan untuk menjadikan kulit kita lebih berseri-seri dan gebu. Caranya adalah dengan hancurkan atau lenyekan buah betik dan sapukan ke seluruh permukaan wajah anda. Biarkan beberapa ketika sebelum bilas dengan air bersih.

(6) Petua Gebukan Kulit Muka Dengan Daun Sirih
Sediakan daun sirih dan bersihkan terlebih dahulu. Gosokan daun sirih pada kedua-dua permukaan tangan anda dan ianya akan mengasilkan air. Sapukan air daun sirih ini ke wajah anda dan biarkan dalam 20-30 minit sebelum bilas dengan air bersih. Amalkan selalu. – SAJA HEBOH

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *