Perempuan Ada Misai? Jangan Malu Dan Risau, Boleh Hilangkan Misai Itu Dengan Cara Ini

Perempuan Ada Misai ? Jangan Malu Dan Risau, Boleh Hilangkan Misai Itu Dengan Cara Ini. Eh, perempuan pun ada misai? Jangan tak tahu pula bahawa kaum perempuan memang ramai yang mempunyai bulu halus diatas bibir mereka dan kelihatan seperti misai nipis.

SAJAHEBOH.COM  - Perempuan Ada Misai? Jangan Malu Dan Risau, Boleh Hilangkan Misai Itu Dengan Cara IniKadang-kadang disebabkan perubahan hormon, misai ini agak ‘kelihatan’ dan boleh menyebabkan wanita rasa malu.

Jangan risau sebab ada banyak cara untuk hilangkan misai ini. Jom tengok!

1. Serbuk Kunyit

Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campur kan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi kena ingat tau kunyit kalau kat tangan pun melekat apatah lagi atas bibir. Jadi, hati-hati okay.

2. Tepung Kosong

Kali ni sama macam cara nombor 1. Cuma guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.

3. Gula + Lemon

Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).

4. Putih Telur

Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.

5. Skrub Madu & Aprikot

Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.