“Pelacur Kau, Ambil Isteri Orang!” Rakaman Video Dua Wanita Bergaduh Di Restoran Disaksikan Pelanggan

“Pelacur Kau, Ambil Isteri Orang!” Rakaman Video Dua Wanita Bergaduh Di Restoran Disaksikan Pelanggan. Tular menerusi media sosial memaparkan rakaman dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil disaksikan oleh pelanggan lain yang tergamam melihat kejadian dramatik itu.

SAJAHEBOH.COM - “Pelacur Kau, Ambil Isteri Orang!” Rakaman Video Dua Wanita Bergaduh Di Restoran Disaksikan PelangganVideo insiden yang dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia itu menunjukkan, si isteri yang berbaju warna putih menyerang wanita berbaju hitam didakwanya sebagai pelacur konon cuba merampas suaminya.

Lelaki berbaju hijau yang dipercayai suami wanita berkenaan dilihat cuba meleraikan pergaduhan itu, namun si isteri bertindak agresif dan cuba menyerang kekasih suaminya dengan bertubi-tubi.

“Pelacur! Ambil suami orang… haaa pelacur ambil suami orang!,” pekik si isteri kepada kekasih suaminya itu.

Pada video kedua, si isteri sempat mencapai cawan dan melemparkan terus ke arah kekasih suaminya, tetapi tersasar apabila cawan tersebut terkena pada dinding premis makanan itu.

Berang dengan tindakan si isteri, kekasih suami kemudian terus memukul muka si isteri dan kedua-duanya terus bertumbuk sesama sendiri sehingga mereka terjatuh ke lantai.

Ketika kejadian, beberapa individu yang lain cuba bantu meleraikan pergaduhan itu. Ia turut dirakam pelanggan yang sedang berjudi dan salah seorang lagi merakam dari sebelah kanan premis berkenaan.

Pergaduhan itu berakhir apabila pasangan suami isteri berkenaan beredar dari restoran terbabit. Sehingga kini, tidak diketahui sama ada kedua-dua wanita terbabit sudah selesaikan permasalahan mereka.

Atau pun mungkin terpaksa akur dengan hakikat bahawa lelaki idaman mereka itu sebenarnya seorang berhidung belang yang berjaya mempermainkan kedua-dua mereka secara serentak.

Sumber: MyNewsHub

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *