Pandai-pandai la Awak Sara Bini Kedua Awak Tu

Pandai-pandai la Awak Sara Bini Kedua Awak Tu… Suami saya kahwin lain, tetapi gajinya sikit dalam RM1,800. Okaylah, itu rezekinya. Selama saya berkahwin dengan dia, saya bekerja dan serba serbi menanggung keluarga. Anyway, pendapatan saya tiga kali ganda dari gaji suami.

Pandai-pandai la Awak Sara Bini Kedua Awak TuKenapa tak marah suami kahwin lain? Sebab saya sudah malas nak bergaduh dengan dia. Saya biarkan saja dia berkahwin lagi sebab mereka pun sudah terlanjur sampai madu saya itu mengandung. Madu saya itu tak berkerja.

Okay, selepas itu saya tak ambil tahu lagi tentang mereka. Bila suami balik ke rumah, saya layan saja seperti biasa.

Tak lama kemudian, madu mesej saya cakap suami tak berikan dia nafkah duit, susu anak dan dia menumpang di rumah kakaknya. Dia juga menuduh saya yang menghabiskan duit suami. Infact, saya yang banyak bagi pinjam duit pada suami, pada anak-anak pula.

Saya ada rumah, kereta sendiri dan anak-anak dimewahkan oleh saya, bawa melancong ke luar negara dan bagai. Jadi saya balas,

“Suami pun tak beri nafkah pada saya, saya redha sebab suami tak banyak duit pun. Kenapa perlu tuduh saya bukan-bukan?

“Dulu awak patut fikir, kalau nak ‘ambil’ suami orang, tengoklah kemampuannya. Sekarang nak makan hati pula,” kata saya pada madu saya itu.

Nasihat saya kepada adik-adik yang bercinta dengan suami orang, tengoklah kemampuan dia dahulu.

Suami saya sekarang tengah pening kepala, tetapi saya langsung tidak mahu membantunya. – KRT

Source: OMM, PIXEL MEDIA

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *