Nyaris Sesat Semasa Hiking, Gadis Merasa Aneh Dan Meremang Bulu Roma Tengok Balik Video

Nyaris Sesat Semasa Hiking, Gadis Merasa Aneh Dan Meremang Bulu Roma Tengok Balik Video, Rupanya Ramai Ada Pengalaman Serupa.sajaheboh.com - Nyaris Sesat Semasa Hiking, Gadis Merasa Aneh Dan Meremang Bulu Roma Tengok Balik Video

Kerapkali kita mendengar kata-kata orang tua untuk menjaga tingkah laku atau percakapan ketika memasuki hutan atau kawasan yang asing.

Ini kerana kawasan sedemikian dikatakan turut menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Baru-baru ini, seorang pelayar berkongsi pengalaman ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Semalam I pergi hiking dekat Tanjung Tuan pukul 6.30 petang, dengar betul-betul suara first sekali. I tak tahu, apa yang I dengar ‘dia’ cakap ‘ala dia tak nampak la’ and suara perempuan garau. Guys, yang rakam I lelaki,” demikian ciapan gadis berkenaan yang turut memuat naik klip video pendek di Twitter.

sajaheboh.com - Nyaris Sesat Semasa Hiking, Gadis Merasa Aneh Dan Meremang Bulu Roma Tengok Balik Video

Jelas kedengaran suara aneh sebagaimana yang dimaksudkan oleh pelayar berkenaan, selain kedengaran juga suara seperti kanak-kanak perempuan ketawa sinis.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,100 retweet dan 13,900 like selain komen-komen netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Lily Jamal itu berkata, ia berlaku beberapa hari lalu ketika dia bersama beberapa ahli keluarga dan rakan mengambil kesempatan mendaki bukit berkenaan memandangkan mereka sedang bercuti di Port Dickson.

Menurut Lily, ketika itu salah seorang kakaknya secara spontan mengajak mereka mendaki bukit berkenaan untuk mencari latok dan juga menyaksikan matahari terbenam di pantai berhampiran.

“Memang hiking ni tak dirancang… salah seorang kakak ajak hiking tapi masa itu dah agak lewat, sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu saya beritahu tak payah pergi sebab rasa macam tak sedap hati.

“Tapi kami pergi juga, dan ketika itu, ada juga orang lain yang baru nak mendaki. Jadi kami teruskan,” kata gadis berusia 19 tahun itu.

Menurut gadis berkenaan, mereka pulang selepas sejam kemudian dan ketika menuruni bukit berkenaan, rakan kepada kakaknya secara spontan merakam videonya.

“Masa itu memang tak rasa apa-apa pun. Malah tak perasan lagi kewujudan suara aneh dalam video yang dirakam tu dan saya bersama kakak sekali lagi pergi hiking di tempat sama keesokan harinya.

sajaheboh.com - Nyaris Sesat Semasa Hiking, Gadis Merasa Aneh Dan Meremang Bulu Roma Tengok Balik Video

“Tapi nak dijadikan cerita, masa hiking bersama kakak dan beberapa orang lain, saya tersesat seketika. Tiba-tiba di satu tempat, saya jadi lost sebab nampak banyak jalan. Saya pejamkan mata, duduk di tepi dan bertenang sehingga saya lihat kakak dan yang lain-lain menghampiri.

Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik.

“Dan keesokannya, bila dengar semula video dua hari lalu, kami perasaan kewujudan suara aneh tu. Suara ‘dia’ seperti terlalu dekat dengan speaker sedangkan ketika itu hanya saya dan rakan kakak (yang merakam) saja.

“Bila diulang beberapa kali, terus rasa meremang. Bila saya kongsi di Twitter, tak sangka rupa-rupanya ramai kongsi pengalaman serupa. Ada yang pernah nampak susuk seperti nenek kebayan, ada yang anak buah mereka melambai-lambai dan macam-macam lagi,” katanya yang menetap di Hulu Langat, Selangor.

Tambah Lily, kejadian yang dialami itu membuatkannya serik untuk mendaki lagi selepas ini.

Kejadian yang dialami baru-baru ini sudah cukup membuatkan Lily serik untuk mendaki.

“Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik.

“Syukur Alhamdulillah, selepas insiden pelik tu, tak ada benda pelik berlaku dan kami semua sihat. Cuma anak buah seorang tu, dia macam suka meragam pula. Tak pasti jika ia ada kaitan selepas hiking tu.

VIDEO:

 

“Apa pun, untuk pesanan bersama, jika masuk ke tempat orang, pastikan niat tu baik. Yang penting, jangan lupa baca doa, jaga mulut dan jaga tingkah laku,” katanya lagi.

Kredit: MstarOnline

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *